SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 26, 2014

Imam Besar Harramain:- Manhaj Salaf Mencerminkan Kehidupan Islam Sebenar

Ketua Presiden Harramain (Masjidil Haram & Masjid Nabawi), Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, dalam khutbah Jumaat di Masjidil Haram, berkata ; istilah Salafisme sesungguhnya mencerminkan cara (kehidupan) Islam yang sebenar, yang sesuai untuk bila masa atau tempat.

Selanjutnya beliau berkata, "Ia adalah cara hidup as-Sunnah yang mengikuti jejak Rasulullah salallahualaihi wa sallam dan juga jalan orang-orang yang beriman terlebih dahulu, yaitu orang-orang Muhajirin dan Ansar."

"Sebagaimana sabda Nabi salallahualaihi wa sallam : 'Pegang teguhlah pada Sunnahku dan cara hidup para khalifah yang mendapat petunjuk selepas ku. Waspadalah terhadap inovasi dalam urusan agama, kerana setiap inovasi baru dalam urusan agama adalah penyimpangan dari jalan yang benar (kesesatan) dan setiap penyimpangan berakhir di api Neraka'."

Beliau menjelaskan bahwa inovasi yang dimaksudkan bukan pada penemuan saintifik moden dan kemajuan teknologi. 
Ada golongan yang membuat kerusakkan dan menisbahkannya pada ajaran Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Perlu di ingatkan bahwa pemahaman yang salah dan amalan menyimpang oleh sesetengah pihak, tidak boleh dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan kaedah 'Salafi'.
Selanjutnya beliau berkata, selama ini kerajaan Saudi telah berpegang teguh pada manhaj Salaf, dan ajaran Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab yang telah berusaha keras mengembalikan manusia kepada shahadah dan Tauhid yang benar, selepas membasmi amalan-amalan sesat (syirik) yang menyimpang. 

"Panggilannya bukan kepada agama baru atau mazhab kelima, pemikiran baru, tetapi kepada pemahaman yang benar berlandasan ajaran Rasulullah salallahualaihi wa salam bersama para sahabat dan pengikut yang datang kemudian, untuk mengikuti ajaran Al-Quran dan as Sunnah. Ajaran-ajarannya sangat jauh dari ideologi takfiri dan Khawarij walaupun musuh-musuh Islam cuba mengaitkan beliau dengan 'keganasan' dan membuat tuduhan yang tidak berasas, tuduhan palsu untuk mencemarkan nama beliau." 
Sheikh Al-Sudais, menambah bahwa "ajaran Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah di label oleh musuhnya sebagai fahaman Wahabi."

Tanah suci Harramain mengikuti jalan 'wasatiyyah' (tengah, sederhana) manhaj Salafi berlandasan al-Quran dan as Sunnah dan jalan para ash Salaful Ummah.

No comments:

Post a Comment