SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 27, 2014

Mufti Besar memberi Amaran Terhadap Perpecahan...

Mufti Besar, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheik mendesak umat Islam supaya mengekalkan perpaduan di tengah-tengah masa sulit. Al-Asheik, juga Presiden Majlis Ulama, membuat pernyataan itu dalam sebuah ucap tahniah kepada umat Islam menjelang tahun baru Hijrah.

Dalam acara mingguan radionya yang disiarkan langsung dari Makkah, beliau mendesak umat Islam untuk berdiri kuat dalam menghadapi perselisihan.
"Umat Islam melalui masa yang sukar, dimana musuh-musuhnya akan mengambil kesempatan untuk kepentingan politik," katanya. 

Mufti menyoroti pentingnya perpaduan dalam menghadapi faktor-faktor luaran. "Musuh-musuh kita mencetuskan persaingan dan menggalakkan permusuhan di kalangan umat Islam untuk menyibukkan mereka dengan konflik semasa, sehingga mereka mengambil aleh pemerintahan kuasa dan hegemoni." Kata beliau.

Beliau melahirkan rasa kesal keatas kemelut yang sedang berlaku di Iraq, Yaman dan Libya. "Pengeboman, kemusnahan dan konflik berdarah tersebar luas di negara-negara Islam telah menghancurkan infrastruktur dan beribu-ribu kehilangan  tempat tinggal, " katanya.

Inilah sebabnya mengapa ia adalah lebih penting untuk kita terus bersatu dan kembali kapada al-Qur'an dan sunnah Nabi shallallahu alaihi wa sallam (ash Salaful Ummah) untuk keselamatan." 

"Keadaan akhir umat ini tidaklah menjadi baik kecuali dengan apa yang membuat generasi pertama umat ini menjadi baik."  Mutiara kata Imam Malik..

No comments:

Post a Comment