SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 26, 2015

Hadith yang dikelirukan untuk mempertahankan adanya bid'ah hasanah.

Ramai yang ingin mempertahankan adanya 'bid'ah hasanah' dengan memaparkan sebuah hadith yang digunakan untuk mengelirukan orang ramai dengan hanya mengatakan "hasanah" sahaja, sedangkan hadith itu menyatakan Sunnah hasanah, bukan bid'ah hasanah, sepertimana yang Nabi shallallahu alaihi wa sallam inginkan, tidak menurut lafaz hadith berkenaan! Kerana memang dalam Islam tidak ada yang dikatakan bid'ah hasanah.
Hadith itu ialah:
"Sesiapa yang mengerjekan SUNNAH yang baik dalam Islam, maka ia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengerjakannya sesudahnya, tanpa mengurangi pahala mereka sendikit pun.  Dan sesiapa yang mengerjekan SUNNAH yang buruk dalam Islam, maka ia mendapat dosanya dan dosa orang yang mengerjekannya sesudahnya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun."
[HR. Muslim no.6741..]

Makna 'sesiapa yang mengerjekan sunnah,' ialah mengerjakan amal dalam rangka melaksanakan atau mengikuti, bukan mengerjakan amal dengan membuat syariat yang baru. Adapun maksud hadith tersebut ialah beramal dengan amalan-amalan yang telah pun ditetapkan dalam sunnah Nabawi. Sebab wujudnya hadith ini (asbabul-Wurud) menunjukkan benarnya perkara itu iaitu berkenaan sedekah yang telahpun disyariatkan.  Iaitu hadith Jabir radiyallahanhu, ia berkata:
"Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam berkhutbah di hadapan kami, maka baginda memberikan semangat pada manusia untuk bersedekah, akan tetapi para sahabat melambat-lambatkan sehingga kelihatan kemarahan pada raut wajahnya. Kemudian datanglah seorang dari kalangan kaum Ansar dengan membawa kantung berisi kurma (untuk disedekahkan), maka sahabat yang lain pun mengikutinya, sehingga kelihatan wajah baginda shallallahu alaihi wa sallam berseri-seri dan baginda bersabda: "Sesiapa yang mengerjekan SUNNAH yang baik dalam Islam....." 

Bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang mengerjekan SUNNAH yang baik dalam Islam, sementara beliau juga bersabda "Semua bid'ah adalah sesat," maka tidaklah mungkin timbul dari yang benar dan dibenarkan Rasulullah perkataan yang satunya mendustakan perkataan yang lain. Dan tidak mungkin pula perkataan beliau bercanggah selama-lamanya. Sunnah itu Bertabrakan dengan Bid'ah, tidak mungkin bermaksud sama atau disama ertikan maksudnya...

Tidaklah pernah ada seseorang pun daripada ulama salaf yang mentafsirkan "Sunnah hasanah" dengan bid'ah hasanah yang direka-reka oleh manusia yang datang kemudiannya. 
Allahul Musta'an...
Kutipan dari buku; "Membela Sunnah Nabawiyah" oleh Abdul Wahab bin Bustami.

No comments:

Post a Comment