SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 29, 2015

Penjelasan Ibnu Qayyim berkenaan Ahlu kalam.

Ibnu Qayyim rahimahullah dalam bukunya I'lamul Muqaqi'in menjelaskan berkenaan ahli pemikir atau Ahlu Kalam sebagai berikut:-

"Yang dikatakan ra'yu (Pemikiran) ada 3 bentuk iaitu:-
1.  Ra'yu yang batil dan tidak diragukan tentang kebatilannya.
2.  Ra'yu yang benar.
3.  Ra'yu yang ada kesamarannya.

Ra'yu yang batil:
1.  Ra'yu (pemikiran) yang menyelisihi dalil alQur'an dan al-Hadith (as-Sunnah)
2.  Bercakap tentang agama berdasarkan dugaan dan sangkaan.
3.  Ra'yu yang mengakibatkan gugurnya keimanan terhadap nama-nama dan sifat-sifat Allah dan perbuatan-perbuatanNya.
4.  Ra'yu yang menjadi akar berkembangnya pelbagai amalan bid'ah.
5.  Memperkatakan tentang hukum-hukum agama berdasarkan Istihsan (anggapan baik). 

Ahli Ra'yu ialah mereka yang menggunakan salah satu bentuk diatas untuk memahami Islam. 

Sementara jenis-jenis ra'yu yang terpuji iaitu:
1.  Ra'yu para sahabat.
2.  Ra'yu ulama Ahli Hadith.
3.  Ra'yu yang telah disepakati oleh umat yang diambil oleh umat terkemudian daripada ulama umat terdahulu (para sahabat dan Tabi'in)
4.  Ra'yu yang dihasilkan dari kesungguhan mempelajari ilmu (ijtihad).

Kemudian beliau menjelaskan ra'yu jenis ketiga:
"Adapun ra'yu yang ketiga, mereka cenderung beramal, berfatwa dan memutuskan perkara dengannya ketika dalam keadaan terpaksa, di saat sudah tidak ada jalan lain kecuali dengan cara itu. Walaupun begitu, mereka tidak mewajibkan seseorang pun beramal dengan ra'yunya dan tidak melarang untuk menyelisihinya. Umat diberi pilihan untuk memilih antara menerima atau menolak. Maka ra'yu jenis ini kedudukannya seperti makanan dan minuman yang diharamkan yang ianya boleh di makan dan di minum dalam keadaan darurat. 

Sepertimana yang dikatakan oleh Imam Ahmad; "Saya bertanya kepada Imam Shafi'e tentang qiyas, maka beliau mengatakan kepadaku: "Boleh digunakan apabila dalam keadaan darurat."

Namun hari ini ramai yang menggunakan qiyas tidak pada tempatnya, hanya saja untuk mencari jalan keluar walaupun ada nas dan dalil yang qath'i atas alasan 'darurat' , jika di teliti darurat itu tidak sepanjang masa.  Allahul Musta'an.
Dari: buku 'Membela Sunnah Nabawiyah' oleh Abdul Wahab bin Bustami.

No comments:

Post a Comment