SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

September 1, 2015

Sangat sedikit yang mengikuti Sunnahnya...

Al-Hassan al-Basri rahimahullah berkata;
"Al-Sunnah dan demi yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bahwa Sunnah berada diantara orang yang berlebih-lebihan dan orang yang kaku (lalai). Maka bersabarlah kamu diatas Sunnah~ Barakallahufeekum~. Sesungguhnya Ahli Sunnah, mereka adalah manusia yang sedikit jumlah pada zaman-zaman yang telah lalu, dan mereka juga sedikit jumlah pada masa yang akan datang. Mereka ialah orang-orang yang tidak pergi bersama-sama dengan golongan yang mewah dalam kemewahan mereka. Dan tidak pula pergi bersama-sama dengan ahli bid'ah dalam melakukan bid'ah-bid'ah mereka. Mereka tetap bersabar diatas Sunnah mereka sehingga mereka menemui Tuhan mereka. Maka begitulah keadaan Ahli Sunnah, in sya Allah. Maka hendaklah kamu seperti mereka." (Ilmu Usul-Bida' m/s: 274).

** jika pada zaman al-Hassan al-Basri, golongan Ahli Sunnah sudah sedikit, bagaimana pula keadaan hari ini? Semakin sedikit dan terkucil. Dari itu jumlah yang banyak bukan berarti benar.
Sumber: 'Membela Sunnah Nabawiyah' oleh Abdul Wahab bin Bustami. 

No comments:

Post a Comment