SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

September 28, 2016

Mengapa penentang Sunnah dibuka pintu-pintu kesenangan?

Sesungguhnya Islam kembali asing. Para dai' yang menyampaikan risalah agama ini berlandasan alQur'an dan as-Sunnah, dianggap ekstrim dan sesat.

Penentang Sunnah berkomplot untuk melumpuhkan dakwah salafiyah kerana tidak mahu mana-mana pihak membantah amalan, ritual bid'ah mereka yang jauh dari Sunnah Nabi-Nya..

Ya, ada yang bertanya, jika Tuhan itu adil, mengapa golongan sebegini maseh bermaharajalela...

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka gembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."  [QS. Al-An'aam: 44]

'Katakanlah: "Hai kaumku, bekerja lah sesuai dengan keadaanmu, sesungguhnya aku akan bekerja (pula), maka kelak kamu akan mengetahui, " [Qs. Az-Zumar :40]

No comments:

Post a Comment