SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 4, 2016

Tiga golongan membenci negara Tauhid.

Negeri yang membasmi terorisme tidak mungkin melahirkan teroris. Namun mengapa kerajaan  Arab Saudi ini sangat dibenci dan sering dijelekan dalam hal pemikiran, perekonomian dan pentadbiran negaranya?
Tiga pihak saat ini yang banyak mencela Kerajaan Saudi. 
1). Golongan anti Islam, orang-orang kafir yang memusuhi agama Islam. Mereka takut akan kebangkitan Islam yang memungkinkan melahirkan generasi seperti 3 generasi gemilang dahulu. Terusik dalam kepentingan politik dan perekonomian nanti.

2) Orang-orang munafik dan golongan selain dari Ahlus Sunnah. Mereka takut akan dakwah tauhid yang di tegakkan di Saudi, aqidah Ahlus Sunnah yang menentang amalan-amalan (bid'ah) yang tidak bersumber dari risalah yang dibawa oleh Nabi-Nya dan ideologi sesat, pemikiran-pemikiran yang menyimpang dari manhaj Nabawiyah.

3) Mereka yang jahil, tidak tahu apa-apa tapi ikut-ikutan saja, kerana terpengaruh dengan media-media anti Islam, dan juga terpengaruh dengan kumpulan pihak  kedua.. Golongan ini selalunya malas mencari infomasi sendiri, ambil jalan ringkas, ikut arus orang ramai atau ustad-ustad mereka.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala melindungi negeri yang menegakkan agama-Nya dengan alQur'an dan As-Sunnah Nabi-Nya tanpa kemasukan hawa nafsu atau pendapat-pendapat ulama.. Amiin.. 

January 3, 2016

Bagaimana nak gigit sunnah,jika tidak kenal sunnah?

Bagaimana mungkin seseorang dapat "menggigit dengan gigi geraham sunnah beliau" jika ia tidak kenal akan sunnah beliau sebab tidak mempelajarinya. Apalagi hendak  mengamalkannya. Allahul Musta'an..


Siapa dalang sebenar?

Seluruh dunia melaungkan anti-pengganas. Pemerintah setiap negara bergabung, bersatu suara menangani pengganasan, sehingga kadang kala yang menjadi mangsa mereka hanya teranggap sangkaan saja.
Namun apabila pemerintah kerajaan Arab Saudi, bertegas menghukum mati penjenayah-penjenayah yang ternyata terlibat dalam aksi teror, mengapa ada media, penguasa negeri seperti Iran yang mengutuk Kerajaan Saudi?
Sebenarnya siapa yang benar-benar ingin membasmi pengganas-pengganas itu? Mana keikhlasan kerajaan yang melaung-laungkan anti-pengganas?
Siapa dalang sebenar ?

January 2, 2016

Peringatan yang bertaqarrub....

Hari ini ramai manusia berduyun-duyun ziarah kemakam-makam orang shalih dengan tujuan bertaqarrub kepada Allah, meminta pertolongan melalui perantaraan orang yang sudah mati... Sedangkan Nabi-Nya telah diperingatkan supaya jangan menyembah selain Allah...

"Janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Rabb. Janganlah kamu sembah disamping (menyembah) Allah, ilah-ilah apa pun yang lain. Tidak ada Ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajah-Nya (Allah). [QS. Al-Qashash : 87-88]

Jangan sekali-kali mereka dapat menghalangimu..

Saat ini dakwah kepada tauhid dan Sunnah Nabi-Nya mendapat tentangan hebat dari kaum musyrikin dan orang-orang munafik. Dai' dan pengikutnya diberi label bermacam dan yang amat popula ialah 'wahabi'. Bersabarlah wahai penegak tauhid dan penopang sunnah....

"Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangimu dari (menyampaikan) ayat-ayat, Allah, sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu,"  [QS. Al-Qashash : 87] ~Tafsir Ibnu Katsir~