Dosa-dosa masuk pada diri seseorang dibawah laknat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan beliau melaknat maksiat dan perbuatan lain yang lebih besar seperti :-
# Beliau melaknat wanita yang menato dan yang diminta menato, yang menyambung rambutnya dan yang diminta disambung, yang mencabut alis, meratakan gigi, dan yang diminta meratakan giginya.
# Beliau melaknat yang meminum minuman keras, yang menghidangkannya, yang membuat dan yang diminta dibuatkan, yang menjual, membeli, yang ikut makan dari hasil penjualannya dan yang membawanya.
# Beliau melaknat pencuri.
# Beliau melaknat anak yang mengutuk orang tuanya.
# Beliau melaknat lelaki yang meniru wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki.
# Beliau melaknat orang yang menyembelih binatang kerana selain Allah.
# Beliau melaknat para pelukis (penggambar) (makhluk hidup).
# Beliau melaknat laki-laki (homoseksual) seperti kaum Luth.
# Beliau melaknat anak-anak yang mencaci ibu bapanya.
# Beliau melaknati orang yang menyesatkan orang buta, dan seterusnya.
Ada begitu banyak perbuatan maksiat yang dilaknat oleh Nabi shallallahu alaihi wasallam, dan hal-hal lain yang juga terlaknat adalah :
Siapa yang menodongkan saudaranya dengan senjata besi maka malaikat melaknat nya.
Allah dalam Kitab-Nya melaknat orang yang membuat kerusakan dibumi dan orang yang memutuskan tali silaturahim.
Allah melaknat orang yang menyimpan keterangan dan petunjuk yang Dia turunkan.
Allah melaknat orang-orang yang menuduh wanita beriman yang baik-baik dengan tuduhan kotor
Rasulullah melaknat laki-laki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan memakai pakaian lelaki.
Masih banyak lagi hadith lain yang berisi laknat terhadap perbuatan manusia yang melanggar hukum-hukum Allah.....
Semoga kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan orang-orang yang terlaknat....na'uzubillah
Allahu Musta'an...
Dari Terapi Penyakit Hati Ibnul Qayyim .
No comments:
Post a Comment