SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

November 20, 2019

Tidak Semua yang di dengar Harus di ceritakan

Jauhi Sikap Tergesa-gesa dan Jangan Mudah Menyebarkan Berita-berita,

Dari hadis Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah seseorang dianggap pendusta ketika dia menceritakan (menyebarkan) setiap apa sahaja yang dia dengar.” (Mukaqaddimah Shahih Muslim, no. 3. Sunan Abi Dawud, no. 4992) 

‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata:

 لَا تَكُونُوا عُجُلًا مَذَايِيعَ بُذراً؛ فَإِنْ مِنْ وَرَائِكُمْ بَلَاءً مُبَرِّحًا مملحاً، وأموراً متماحلة ردحاً

“Janganlah kalian menjadi orang yang tergesa-gesa, suka menyebarkan berita-berita tidak baik tentang orang lain, dan suka membongkar rahsia-rahsia orang.

Kerana sesungguhnya di belakang kalian ada bala’ (bencana) yang amat buruk, yang menjadikan kalian lemah (kerana ditimpa kesulitan yang berterusan), sehingga tercetus fitnah (keburukan-keburukan) yang besar.” (Al-Adabul Mufrad oleh Al-Bukhari, no. 327)

Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

تَكُونُ أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ فَعَلَيْكُمْ بِالتَّؤَدَةِ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ أَنْ يَكُونَ تَابِعًا فِي الْخَيْرِ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَكُونَ رَأْسًا فِي الشَّرِّ


“Akan terjadi perkara-perkara yang samar, maka hendaklah kalian bersikap tenang (tidak tergesa-gesa). Kerana jika seseorang dari kalian menjadi pengikut dalam kebaikan, perkara tersebut akan lebih baik dari menjadi kepala dalam keburukan.” (Syu’ab Al-Iman oleh Al-Baihaqi, no. 10371)

No comments:

Post a Comment