SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 24, 2015

Apa yang menghalangi seseorang dari mengikuti dalil.

Yang menghalangi seseorang untuk mengikuti dalil dan mengikuti kebenaran ialah sikap "Fanatisme" iaitu fanatik atau ta'sub. Allah Ta'ala berfirman;
"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah', mereka menjawab, '(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami.'"  [QS. Al-Baqarah : 170]

Syaikh Fauzan berkata, begitu lah sikap orang-orang yang fanatik hari ini. Sebagian penganut aliran Sufi dan quburiyyin jika diajak mengikuti Kitabullah dan Sunnah Rasul, serta membuang perbuatan mereka yang menyelisihi keduanya, mereka berdaleh dengan aliran mereka, syaikh mereka dan nenek moyang mereka. 
~Kitab Tauhid~ Ummul Qura, oleh Dr. Shalih bin Fauzan al-Fauzan.

No comments:

Post a Comment