SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 27, 2015

Mempertahankan kesucian Islam

Para ulama sentiasa mempertahankan kesucian agama Islam daripada musuh-musuh agama dan menjelaskan serta membantah segala kebatilan, kesesatan dan syubhat dari golongan-golongan tersebut demi untuk mengekalkan kemurnian Islam. Oleh itu, dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah dipersada bumi ini, mereka menghadapi tiga Golongan musuh Allah yang utama iaitu:-
1.  Ahli bid'ah dengan pelbagai aliran yang semuanya berpusat pada lapan golongan besar:- 1)Ar-Rafidhah. 2) Khawarij. 3) Mu'tazilah. 4) Jahmiyah. 5) Qadariyah. 6) Murjiah 7) Jabariyah. 8) Wihdatul Wujud dan Hululiyun (dan Shuhud).

2. Golongan para pemikir yang berpaksikan kepada agama para ahli falsafah yang dijadikan sebagai pola pemahaman asasi terhadap syariat Islam. Mereka itu tidak lebih daripada kaum yang mengkeramatkan akal diatas kekeramatan agama. Dengan prinsip pemikiran sedemikian, mereka merosakkan dan meruntuhkan agama Islam.

3. Orang-orang jahil yang bertaklid kepada pemimpin-pemimpin dan nenek moyang mereka. Mereka menganggap bahwa agama ini ialah yang datang daripada para pemimpinnya dan warisan nenek-moyangnya. Maka bilamana didapati keterangan didalam al-Qur'an dan al-Hadith yang bercanggah daripada apa yang mereka telah dapati daripada pemimpin tersebut dan daripadaisan nenek-moyang mereka, maka dengan serta merta mereka menolak keterangan agama itu. 
Mereka inilah perosak agama disebabkan kejahilannya dan kejumudan hatinya. ~al-Tasfiyah Wa al-Tarbiyah~ oleh Ali bin Hasan bin Ali, pg.26-28.
Sumber: Membela Sunnah Nabawiyah; oleh Abdul Wahab bin Bustami

No comments:

Post a Comment