SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 14, 2015

"Sesungguhnya ciri Ahli Bid'ah adalah tidak mengikuti generasi Salaf."

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah mengatakan, "Sesungguhnya ciri Ahli Bid'ah adalah tidak mengikuti generasi Salaf."  ~Majmuu'ul Fataawaa (IV/155)~

Siapakah generasi Salaf?
Mereka adalah generasi pertama dari ummat ini dari kalangan para Sahabat dan para Tabi'in yang mengikuti mereka dengan baik. Termasuk pula para imam terkemuka yang mendapat petunjuk. Imam generasi Salaf tiada lain ialah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Beliau pernah berkata kepada putrinya Fatimah yang sedang sakit,
"Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah! Kerana sesungguhnya sebaik-baik Salaf untuk dirimu adalah aku." ~ Shahih: HR. Muslim (no.2450)~
Petikan dari buku "Tegar di atas Sunnah Ibarat Menggenggam Bara Api." Kompilasi para ulama

Sebab itu Ahli Bid'ah sangat membenci Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, kerana beliau banyak Membongkar penyelewengan yang bertolak belakang dengan ajaran sunnah sebenarnya. Walaupun kita lihat hari ini ramai orang mengaku ikut Al Jamaah, ikut Sunnah, walhal amalan-amalan seperti maulid Nabi, perayaan sambutan doa awal/akhir tahun, yasinan, dan lain-lain lagi jauh dari Sunnah Nabi-Nya. ...' Allahul mustaan..

No comments:

Post a Comment