SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

May 16, 2014

Orang munafik yang berada dalam kerak api Neraka.

Apabila seseorang beramal dengan tauhid secara zhahir yakni dengan lisan dan anggota badannya, akan tetapi dia tidak menyakini dengan hatinya dan memahaminya maka dia munafik. Keadaannya lebih buruk daripada orang kafir yang murni kekafiran nya, kerana firman Allah Azza wa Jalla;
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu berada dalam keraknya api Neraka."
[QS. An-Nisaa' :145]
Ini berlaku bagi orang yang menentang, yang mengetahui kebenaran, tetapi dia mengingkari, hatinya tidak merasa mantap dengan kebenaran tersebut; yang menampakkan kesungguhan melaksanakan kebenaran tersebut dengan maksud menipu Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.
Adapun orang yang tidak mengetahui kebenaran secara utuh lalu dia beramal sesuai dengan apa yang dia tahu atau melihat bagaimana dilakukan oleh orang-orang, sedangkan dia tidak tahu dasarnya secara jelas, maka orang seperti ini harus diajari. Apabila sudah di tunjuk ajar yang sebenarnya  tetapi dia terus -menerus dalam keingkaran, maka dia termasuk orang munafik.

Syaikh rahimahullah menjelaskan ini masalah yang besar lagi panjang, yakni panjang penelitiannya. Kita lihat ramai manusia kadang-kadang menolak kebenaran kerana takut celaan atau mengharapkan kedudukan jabatan atau dunia. 

Dalam keadaan seperti ini perlu di teliti dengan seksama sehingga jelas siapa yang munafik dan siapa yang benar-benar Mukmin. Wallahu a'lam.
Syarah Kasyfu Syubuhat oleh Syaikh al-Utsaimin.

No comments:

Post a Comment