SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 13, 2013

Buat renungan.......

Wahai para dai, para penceramah
Kemana mahu di bawa kita?
Anda laungkan contohi Rasullullah 
Padahal Anda membuat Bid'ah
Ibadah yang tiada contoh nya 

Bagaimana sikap Anda terhadap ajarannya?
Sudah kah di contohi Sunnahnya ?
Memanjangkan jenggot dan mengangkat celana.
Berselawat dengan yang diajarkannya.
Bukan selawat yang di reka reka. 

Nabi berkata; Allah di langit atas
Tetapi kamu kata Dia di mana mana tiada terbatas
Ada di pasar,  di tandas!
Walhal banyak nas yang sudah jelas
Dapat di-imbau dengan akal yang waras.

Rasulullah mahu di contohi
Tetapi Sunnahnya tidak di realisasi
Dengan alasan syari'at sudah kuno dengan realiti
Di zaman moden ini
Dan realiti yang ada tidak dapat di pungkiri
Bahwa kebanyakkan kaum Muslimin membenci
Manhaj salaf di label wahabi.

Banyak amalan yang tiada tuntutan
Bulan Rabiulawal di agung agungkan
Dengan berbagai acara perayaan
Berjenis selawatan dan maulidan

Fikir kan lah....

Wallahu a'lam


No comments:

Post a Comment