SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 5, 2013

Sebab sebab Bid'ah merebak seperti wabak

Fakta yang terbesar sebabnya merebak bid'ah ialah kerana kelemahan para penguasa dan ulama dalam membasmi bid'ah. Sementara orang orang awam, bila mereka melihat orang alim mendiamkan suata perkara, mereka akan menduga bahwa perkara itu tidak menyalahi syari'at.

Lebih parah lagi pabila ada sebagian para dai' yang lebih mementingkan kedunia'an dari kebaikan akhirat, justru mempromosikan bid'ah bid'ah itu dan menggambarkannya kepada kaum Muslimin sebagai perkara yang baik atas niat yang baik.

Masharakat awam mengikutinya kerana mereka percaya bahwa ia hanya akan melakukan yang benar. Walaupun kadang kala apa yang di ikuti bertentangan dengan syari'at namun orang orang yang awam mengira apa yang mereka kerjakan memang disharia'atkan-Nya.

Para penguasa pula membangun, menyokong dan mendukung dalam menyebarkan bid'ah kerana sesuatu yang baru dalam agama itu sesuai dengan hawa nafsunya.

Sejak dulu hingga sekarang, banyak sekali penguasa yang mengusung bid'ah dan menjauhkan manusia dari agamanya yang benar. Jika zaman dahulu ulama terkemuka seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Imam Ahmad disiksa kerana mengingkari bid'ah sekarang para pendakwah yang mengingkari bid'ah di ketepikan, di persulitkan dakwah mereka. Mereka ini di beri bermacam gelaran untuk menakut nakutkan masharakat dari mengambil ilmu dari mereka.

Sementara mereka yang kreatif dalam berdakwah di dukung dan di sokong kerana dapat menarik ramai pengikut, walaupun cara dakwah, ibadah mereka kadang kadang menyerupai atau meniru niru kaum kuffar.

Wallahu a'alam.

No comments:

Post a Comment