SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 4, 2013

Mayat Hidup

Abdullah Ibn Mas'ud berkata 'mayat hidup'  adalah golongan yang tidak mengenal ma'ruf  dan tidak memungkiri yang mungkar.  ' Celakalah mereka yang tidak memiliki hati yang mengenal ma'ruf dan mungkar.

Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu dan hamba akal fikirannya. Mereka hanya dapat bertaklid terhadap orang yang sebenarnya tidak memiliki ilmu  dan bashirah dari Allah Subhanahuwataala. Mereka menjadi tersesat, tidak lagi mengenal ma'ruf  kecuali yang sesuai dengan hawa nafsu mereka.

Bila permasalahannya menjadi semakin besar, iman pun terkelupas daripada hati, sementara siempunya hati tersebut tidak menyedarinya sama sekali.

Sesungguhnya hati manusia jika tidak selaras dgn hati para rasul dan para sahabatnya yang sentiasa diliputi tujuan yang lurus, ilmu yang luas, kecintaan terhadap kebaikan dan kebencian terhadap kemungkaran, niscaya hati mereka telah menyimpang...  seperti mayat hidup
Wallahu a'alam

No comments:

Post a Comment