SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 5, 2013

Kerugian dalam beragama

Ramai manusia mengharapkan ganjaran pahala dan keredha'an Allah dalam beramal, namun kadang kala merugikan. Mengapa?

Dalam surah Al Hujuraat ayat 1-2, Allah berfirman; " Jangan lah kamu mendahulukan Allah dan Rasul-Nya," jangan kamu mendahului memutuskan suatu perkara dalam peperangan atau agama sebelum Allah dan Rasul-Nya memutuskan. Sebab akibatnya, kamu memutuskan berbeda dengan perintah Allah dan perintah Rasul-Nya. (Tafsir Ath Thabari)

Ibnu Abbas dalam mentafsirkan ayat ini berkata,"Maksudnya iaitu jangan lah menyalahi kitab dan Sunnah." (Al Hilyah dari Ibnu Abbas)

Sementara Mujahid berkata ," Maksudnya adalah jangan memfatwakan sesuatu atas Rasullullah shallallahu alaihiwassalam hingga Allah memutuskan melalui lisannya."

Ayat selanjutnya dari surah Al Hujuraat, Allah menegur  supaya jangan meninggikan suara keatas suara Nabi yang mulia, "supaya tidak hapus (pahala) amalan mereka."

Para ulama mengatakan: "Dimakruhkan mengangkat suara di sisi makam Rasulullah shallallahu alaihiwassalam sebagaimana dimakhruhkan meninggikan suara semasa beliau maseh hidup, kerana beliau adalah seorang yg terhormat, baik ketika hidup atau setelah wafat." Tafsir Ibnu Katsir.

Jika meninggikan suara diatas suara beliau di larang, bagaimana pula fenomena sekarang yang atas nama creativiti dengan berbagai sarana berdakwah dan beribadah.

Atas nama kemajuan, kebudayaan persaudaraan sedarkah kita telah mengikuti musuh musuh Allah Ta'ala dengan fenomena merubah agama dan meninggalkan agama  Nabi Muhammad shallallahu alaihi wassalam.

Wallahu a'alam.

No comments:

Post a Comment