SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

April 12, 2014

Kebenaran itu hanya dari Allah

Meniti jalan salaf itu panjang.  Tujuannya bukanlah bila sampai ke hujung jalan, tetapi tujuannya ialah dengan kita mati diatas jalan tersebut, jalan yang satu yang selamat. 
Hidup diakhir zaman ini, saat fitnah kian deras menerpa hamba yang ingin beriltizam, angin syubhat dan syahwat sentiasa berkobar kencang pada mereka yang berada diatas al haq. 
Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan taufiq untuk kita sentiasa dapat kefahaman yang jitu dengan jelas dan berdiri di atas prinsip salaf. Kita mengikuti kebenaran kerana yang benar itu hanya dari Allah, kita tidak mengikuti para individu, golongan, puak atau organisasi kerana itu semua boleh berubah. Yang di inginkan agar kita senantiasa berada dalam satu golongan yang selamat yang di jamin oleh Nabi shallallahu alaihi wa sallam....
Dalam usaha kita menuntut ilmu, kita berlindung kepada Allah dari fitnah syubhat dan syahwat.  Kita tidak tahu melainkan jiwa yang dirahmati Allah dan semoga kita termasuk jiwa-jiwa yang Allah Rahmati... selamat dari berbagai fitnah syubhat dan syahwat... Allahumma ameen .

No comments:

Post a Comment