SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

April 1, 2014

Mengapa air kencing bayi lelaki berbeza dengan bayi perempuan

Abu Dawud dan Ibnu Majah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda; '(Membersihkan) air kencing bayi laki-laki selama dia belum diberi makanan, dengan percikan air saja, sementara air kencing bayi perempuan dengan dicuci dengan air. 

Imam Shafi'e rahimahullah pernah ditanya perihal hadith ini, kenapa berbeza cara mencuci air kencing bayi lelaki dan perempuan, walaupun mereka belum diberi makanan dan masih menyusu badan, dan kedua-dua kencing bayi itu juga dari air. 

Beliau mengatakan bahwa Nabi Adam alaihissalam diciptakan dari air dan tanah liat, sementara Hawa diciptakan dari tulang rusuk (yang pendek) Nabi Adam. Dari itu air kencing bayi lelaki dari air dan tanah liat, sementara bayi perempuan dari daging dan darah. 
Inilah penerangan yang paling dekat dan rajih. Wallahu a'alam.

No comments:

Post a Comment