SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

April 29, 2014

Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan.

"Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." 
[QS. Al-A'raf (7): 31]

Islam berada ditengah-tengah antara yang ekstrim (melampaui batas) dan yang terlalu longgar. Manusia yang baik ialah golongan pertengahan (sederhana), yakni mereka yang bebas daripada kesalahan orang-orang yang mengambil mudah dan orang-orang yang berlebih-lebihan. Allah Ta'ala telah menjadikan umat ini sebagai umat yang sederhana (pertengahan), suatu gelaran yang baik dan adil. Maka sebaik-baiknya mereka yang berada di tengah-tengah antara dua perkara yang tercela. 

Maka tidaklah benar jika dikaitkan pengganasan atau ekstrimis kepada golongan yang berada diatas manhaj Nabi shallallahu alaihi wa sallam yakni manhaj Salaf, sebab manhaj inilah yang sebenarnya berada diatas jalan pertengahan antara golongan yang berlebih-lebihan dalam peribadahan mereka (wirid be ribuan) dan golongan yang mengambil mudah dan ringan dalam perkara hukum hakam. 
Allahul Musta'an
Petikan ringkas dari buku 'Bahaya Penyakit Waswas' oleh Ibnu Qayyim. Terbitan Pustaka Azhar.

No comments:

Post a Comment