SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

April 3, 2014

Larangan Nabi Jangan mencela orang yang sudah meninggal!

Siapa yang tidak pernah mendengar nama Ibnu Taimiyyah? Beliau ibarat sebuah madrasah ilmiah yang telah menghasilkan banyak ulama besar yang tersohor di seluruh penjuru dunia Islam dari berbagai madzhab, seperti Ibnu Qayyim, Ibn Katsir dan ramai lagi.

Dalam banyak permasalahan ujian hidup Ibnu Taimiyyah, yang selalu menjadi Qadhi (hakim) baginya adalah lawan-lawan beliau dari kalangan ahli fiqh, ahli tasawuf, ahli Sufi dan ahli kalam yang menganggap besar penyelisihan beliau terhadap berbagai fatwa dan pendapat mereka. Oleh kerana itu tidaklah menghairankan jika beliau sering dimasukkan dalam tahanan semasa hidupnya. 

Fenomena ini juga timbul pada umat zaman ini, setelah berputar 'roda reformasi' dimana pintu kebebasan telah terbuka selebar-lebarnya. Dengan kebebasan yang disalah artikan dan disalah gunakan, telah nampak kerancuan-kerancuan 'berfikir' telah di sebarkan dan racun kekufuran dikemas dengan slogan 'kebebasan berpendapat', 'tidak boleh memaksa orang lain menerima pendapat seseorang'  walaupun sesuata perkara itu jelas kebathilannya, hanya atas alasan  prinsip menghormati pendapat masing-masing. Kerana prinsip inilah, kesyirikan merajalela Kumungkaran menjamur, orang yang jahil di anggap alim dan orang yang alim dikatakan jahil. Orang yang jujur di bilang khianat dan orang yang khianat dikatakan jujur. Orang yang hendak menegakkan kebenaran di tindas, di dzalimi. 
Agama dipolitikkan jika mendatangkan keuntungan duniawi dan dipinggirkan bahkan dibuang jika merugikan keduniaan mereka...

Seandainya mereka yang mengeji mahu membaca dan mempelajari dengan ikhlas sejarah hidup dan perjuangan Ibnu Taimiyyah dari sumber yang dapat dipercaya, niscaya mereka akan dapat menemukan realiti yang berbalik 180 darjah dari apa yang mereka ketahui tentang beliau selama ini.
Ingatlah pesan Nabi shallallahu alaihi wa sallam;

"Janganlah kalian mencela orang-orang yang telah meninggal, kerana sesungguhnya mereka itu telah mendapatkan hasil dari apa yang telah mereka kerjakan."  (HR. Bukhari, 1393)
Allahul Musta'an.

No comments:

Post a Comment