SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 10, 2013

Adat Fir'auniyah Peringatan Kematian 40 Hari.


Satu daripada adat (Fir'auniyah) yang sangat di utamakan oleh orang-orang Mesir zaman dahulu (penyembah dewa-dewa)  ialah pabila adanya kematian.  "Egyptian Death Ritual ". Oleh kerana mereka sangat prihatin terhadap 'kehidupan' selepas mati, maka mereka yang berkemampuan, tidak langsung mengebumikan mayit-mayit tersebut, sebelum mengadakan satu upacara yang di namakan " Pembukaan Mulut Mayit " (Open Mouth Ceremony), 40 hari selepas mayit itu di-embalmkan. (Embalming)

Mereka mempunyai kepercayaan bahwa upacara ini bisa membuat si mayit, makan, minum, dan bercakap apabila ia 'di hidupkan' kembali kelak. Maka pada hari ke-empat puluh, selepas kematian,  keluarga simati akan membuat makanan, dan mengundang kaum kerabat, dan paderi mereka untuk melakukan upacara 'pembukaan mulut mayit', dengan mencicipkan sejenis makanan kebibirnya.  Wanita-wanita akan meraung-raung, mereka membakar kemenyan wangi-wangian dan menabur bunga-bunga di atas mayit itu.

Mengapa upacara ini adakan pada hari ke 40?

Sebab pada jangka mereka, setelah empat puluh hari selepas mayit itu di bersihkan, dicuci dengan air sungai Nil, di keluarkan otak dan organ dalamannya, di beri bahan pengawet, di oles dengan minyak wangi, dan dibalut dengan kain, ia akan kering, tidak rusak dan membusuk. Selesai upacara itu, barulah 'mummy' itu 'dikebumikan.' 

Namun setelah kedatangan Islam beribu tahun lamanya, budaya memperingati kematian 40hari, ini maseh tersisa lagi dan tersebar luas di seluruh dunia Islam.

Pada hari ini kita lihat ramai muslim yang mengadakan kenduri 40 hari, sebagai memperingati si mati. Adat ini bukan saja tidak ada asalnya dalam Islam, tetapi asal mulanya adalah adat Fir'auniyah. 
Allahul Musta'an.


No comments:

Post a Comment