SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 9, 2013

Orang yang tersesat di dunia akan lebih tersesat in akhirat.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman;

"Dan sesiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat nanti dia akan lebih buta pula dan lebih tersesat dari jalan yang benar."  [QS. Al-Israa:72]

Allah Subhanahu Wata'ala menggambarkan bahwa orang yang tersesat di dunia ini, maka dia akan lebih tersesat lagi di akhirat nanti. Manakala, penderitaan di dunia ini tidak akan berlaku jika ia tidak tersesat di dunia dan mengikuti petunjuk-Nya. Petunjuk tersebut wujud bagi mereka yang mempunyai keyakinan yang kukuh, hati yang tenang, dan iman yang hakiki. Sebagaimana dalam ayat lain Allah berfirman:

"Sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, maka dia tidak akan sesat dan tidak akan menderita."
[QS. Thaahaa: 123]

Ayat ini menerangkan tidak ada kesesatan dan penderitaan dari orang yang mengikuti petunjuk-Nya secara mutlak. Iaitu, mengikuti petunjuk di dunia, bahagia di akhirat, menderita di dunia, akan menderita di akhirat. Penderitaan di akhirat merupakan akibat daripada penderitaan di dunia. Seorang hamba akan mati sesuai dengan keadaan hidupnya dan di bangkitkan sesuai dengan perbuatannya yang telah lalu. Allah berfirman dalam ayat lain:

"Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah dia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghidupkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?" Allah berfirman: "Demikianlah. Telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, lalu kamu melupakannya dan begitu pula hari ini kamu pun di lupakan."      [QS. Thaahaa: 124-126]

Berbahagialah Allah Maha Pemurah; dari Ibnu Qayyim

No comments:

Post a Comment