SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 16, 2013

Hukum Ikhtilat

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman;

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya....."  [QS. An-Nuur; 24:30]

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendak lah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka..."  [QS. An-Nuur; 24:31]

Ini merupakan perintah Allah Ta'ala kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, termasuk wanita-wanita mukminah, agar mereka menahan pandangan dari perkara-perkara yang haram untuk dilihat. Jika tanpa sengaja terpandang perkara yang haram dilihat, maka hendaklah ia segera memalingkan pandangannya.

Oleh sebab itu, sebagian besar ulama berpendapat, wanita tidak boleh melihat kepada lelaki yang bukan mahram, baik disertai dengan syahwat atau tanpa syahwat.

Jika berpandangan tidak dibenarkan, bagaimana pula mereka yang menghalalkan 'pacaran cara Islami.'

Sangat menyedihkan pandangan hari ini, ada para asatizah yang mengatakan larangan ikhtilat tidak sesuai dalam konteks negeri-negeri maju seperti negeri kita.

Memang benar kita tidak dapat menahan atau melarang percampuran dalam bermuamalah seharian, seperti di kenderaan umum, pasar-pasar, mall, sekolah, pejabat, tempat awam, dan banyak tempat lagi.

Tetapi bukankah kita ada pilihan dalam majlis yang kita berupaya membuat pilihan seperti majlis walimah, majlis perjumpaan, dalam ziarah menziarahi sanak saudara, dipisahkan lawan jenis dan seterusnya... Wallahu a'alam.

Dari itu mereka yang mengatakan larangan ikhtilat hanyalah adat sebuah negeri seperti Saudi, tidak praktikkal di negeri kita ini, hanyalah satu alasan saja. Islam itu relevan sepanjang masa, hanya saja ia di politikkan oleh segolongan manusia.
Allahul Musta'an.
Ref: tafsir Ibnu Katsir

No comments:

Post a Comment