SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

May 31, 2012

Perbezaan Wali-Wali ALLAH & Wali-Wali Syaitan

Ibnu Taimiyyah 

Perbezaan Yang Terkumpul Antara Wali-Wali Allah Subhanawata’alah Dan Wali-Wali Syaitan

Wali-wali Allah Subhanawata’alah yang bertakwa adalah mereka yang melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang dan mereka bersabar atas takdir yang telah ditetapkan olehNya keatas mereka dan mereka mencintai Allah Subhanawata’alah dan Allah Subhanawata’alah redha keatas mereka dan mereka redha dengan Allah Subhanawata’alah.

Wali-wali syaitan walaupun mereka di bawah kekuasan Allah Subhanawata’alah tetapi Allah Subhanawata’alah benci dan murka dengan mereka. Lantaran itu Allah Subhanawata’alah melaknati dan memusuhi mereka.

Garis sempadan perbezaan antara mereka yang utama adalah beriktibarkan sejauh mana tindak tanduk mereka bertepatan dengan Rasulullah salalahualaihi wasalam . Inilah disebabkan Allah Subhanawata’alah menjadikan Rasulullah salalahualaihi wasalam sebagai titik tolak untuk membezakan antara wali-waliNya dan wali-wali syaitan. Sesiapa saja dikalangan umat Muhammad salalahualaihi wasalam yang menafikan kepentingan mengikuti sunnahnya adalah dianggap tidak sempurna sebagai umat Muhammad salalahualaihi wasalam. Oleh yang demikian, ia akan kehilangan banyak kelebihan kelebihan sebagai umat Muhammad salalahualaihi wasalam, yang di gelar oleh Allah Subhanawata’alah sebagai sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia.

Barangsiapa yang tergolong kedalam wali-waliNya adalah mereka yang beruntung, mereka akan memperolehi kemenangan disisi Allah Subhanawata’alah dengan kemasukan mereka kedalam syurga dan mereka kekal didalamnya. Mereka akan berpeluang bersama-sama dengan Rasulullah salalahualaihi wasalam dan dapat menyaksikan wajah Allah yang mulia didalam syurga tersebut. Oleh yang demikian, setiap umat Islam mestilah berusaha untuk memperbaiki ikutan-nya kepada sunnah Rasulullah salalahualaihi wasalam. Oleh itu yang demikian mereka diatas petunjuk dan pimpinan Allah Subhanawata’alah, sebaliknya wali wali syaitan adalah mereka yang celaka, ahli neraka yang mereka yang sesat, melampaui batas dan sering membuat kerosakan.

Wali-wali Allah Subhanawata’alah  adalah mereka yang bertakwa dan mengikuti Muhammad salalahualaihi wasalam, mereka melaksanakan apa yang di perintah oleh beliau dan meniggalkan apa yang dilarangnya. Seperti firman Allah Subhanawata’alah dalam surah Al-Hasyr ayat 7:- maksudnya

‘Apa yang didatangi oleh rasul kamu ambillah dan apa yang dilarang olehnya tinggalkan.’

Manakala barangsiapa yang ingkar terhadap Al-Qur’an pula adalah dari kalangan wali-wali syaitan. Seperti mana firman Allah Subhanawata’alah dalam surah Az-Zukhruf ayat 36:- maksudnya 

‘Barangsiapa yang berpaling daripada pengajaran Al-Qur’an yang Maha Pemurah kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan). Maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.’

Maka barangsiapa yang tidak beriman dengan Al-Qur’an dan tidak membenarkan apa yang difirmankan oleh Allah Subhanawata’alah di dalamnya dan tidak beriktikad akan kewajipan untuk mentaatinya maka sesungguhnya ia tekah berpaling daripadanya. Oleh yang demikian Allah Subhanawata’alah mengadakan syaitan untuknya dan menjadi teman dampingnya. Allah Subhanawata’alah telah berfirman didalam surah Al-Anbiya ayat 50:- maksudnya

‘Dan Al-Qur’an itu adalah satu kitab (peringatan)yang mempunyai berkat yang telah kamui turunkan. Maka mengapakah kamu mengengkarinya.’

Setiap perkataan, rumusan tanpa persaksian dengan kitab dan sunnah maka ianya adalah batil. Ramai manusia telah tersilap di dalam perkara ini. Dengan yang demikian mereka menyangka bahwa seseorang itu adalah wali Allah dan menyangka sesungguhnya perkataannya adalah benar dan di terima, walaupun perkataan dan perbuatan nya bertentangan dengan kitab dan sunnah.  Mereka terus mempercayai dengan membuta tuli dan membelakangi apa yang diturunkan oleh Allah Subhanawata’alah  melalui RasulNya. Allah Subhanawata’alah  telah mewajibkan atas ciptaannya supaya membenarkan apa yang diberitahu rasul dan juga mentaati setiap perintahnya. Oleh yang demikian Allah Subhanawata’alah  menjadikan ‘ Tasdiq’ (membenarkan) ini sebagai perbezaan yang nyata diantara wali-wali Allah dan musuh musuhnya, antara ahli syurga dan ahli neraka dan di antara orang yang berbahagia dan orang yang celaka.

Allah Subhanawata’alah berfirman dalam surah Tha-ha ayat 124-126:- maksudnya

‘Dan barangsiapa berpaling dari peringatanku (zikrillah) maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat di dalam keadaan buta, berkatalah ia; Ya Tuhanku! Mengapa engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman Demikianlah telah datang daripada Kami ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya, dan begitu pula pada hari ini kamu dilupakan.’

Maka ayat ini menjadi dalil bahawa zikir (peringatan) yang dimaksudkan adalah ayat-ayat Al-Qur’an yang telah diwahyukan.
Oleh kerana itu jika seseorang mengingati Allah Subhanawata’alah siang dan malam dengan kezuhudan yang melampau dan berusaha sedaya upayanya mendekati Nya dengan ibadahnya tetapi tidak mengikuti Al-Qu’ran maka dia dari golongan wali-wali syaitan, walaupun ia boleh terbang di udara atau berjalan di atas permukaan air. Ini adalah kerana syaitan telah memikulnya ke udara.

 Oleh Ibnu Taimiyyah penterjemah Abul Khairy Al Latifi terbitan Darul Nu’man cetakan 2004.

No comments:

Post a Comment