SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

January 29, 2015

Penjelasan Ibnu Qayyim berkenaan Ahlu kalam.

Ibnu Qayyim rahimahullah dalam bukunya I'lamul Muqaqi'in menjelaskan berkenaan ahli pemikir atau Ahlu Kalam sebagai berikut:-

"Yang dikatakan ra'yu (Pemikiran) ada 3 bentuk iaitu:-
1.  Ra'yu yang batil dan tidak diragukan tentang kebatilannya.
2.  Ra'yu yang benar.
3.  Ra'yu yang ada kesamarannya.

Ra'yu yang batil:
1.  Ra'yu (pemikiran) yang menyelisihi dalil alQur'an dan al-Hadith (as-Sunnah)
2.  Bercakap tentang agama berdasarkan dugaan dan sangkaan.
3.  Ra'yu yang mengakibatkan gugurnya keimanan terhadap nama-nama dan sifat-sifat Allah dan perbuatan-perbuatanNya.
4.  Ra'yu yang menjadi akar berkembangnya pelbagai amalan bid'ah.
5.  Memperkatakan tentang hukum-hukum agama berdasarkan Istihsan (anggapan baik). 

Ahli Ra'yu ialah mereka yang menggunakan salah satu bentuk diatas untuk memahami Islam. 

Sementara jenis-jenis ra'yu yang terpuji iaitu:
1.  Ra'yu para sahabat.
2.  Ra'yu ulama Ahli Hadith.
3.  Ra'yu yang telah disepakati oleh umat yang diambil oleh umat terkemudian daripada ulama umat terdahulu (para sahabat dan Tabi'in)
4.  Ra'yu yang dihasilkan dari kesungguhan mempelajari ilmu (ijtihad).

Kemudian beliau menjelaskan ra'yu jenis ketiga:
"Adapun ra'yu yang ketiga, mereka cenderung beramal, berfatwa dan memutuskan perkara dengannya ketika dalam keadaan terpaksa, di saat sudah tidak ada jalan lain kecuali dengan cara itu. Walaupun begitu, mereka tidak mewajibkan seseorang pun beramal dengan ra'yunya dan tidak melarang untuk menyelisihinya. Umat diberi pilihan untuk memilih antara menerima atau menolak. Maka ra'yu jenis ini kedudukannya seperti makanan dan minuman yang diharamkan yang ianya boleh di makan dan di minum dalam keadaan darurat. 

Sepertimana yang dikatakan oleh Imam Ahmad; "Saya bertanya kepada Imam Shafi'e tentang qiyas, maka beliau mengatakan kepadaku: "Boleh digunakan apabila dalam keadaan darurat."

Namun hari ini ramai yang menggunakan qiyas tidak pada tempatnya, hanya saja untuk mencari jalan keluar walaupun ada nas dan dalil yang qath'i atas alasan 'darurat' , jika di teliti darurat itu tidak sepanjang masa.  Allahul Musta'an.
Dari: buku 'Membela Sunnah Nabawiyah' oleh Abdul Wahab bin Bustami.

January 28, 2015

Takut pada hal-hal yang diharamkan, akan menjadikan seorang rajin beribadah.

Nabi shallallahu alaihi wa sallam berpesan ;
"Takutlah akan hal-hal yang diharamkan, niscaya kamu akan menjadi orang yang paling rajin beribadah. Redha lah terhadap apa yang telah Allah bagi untukmu, niscaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya. Berbuat baiklah pada tetanggamu, niscaya kamu akan jadi seorang Mukmin yang sempurna imannya. Cintai lah untuk orang lain seperti halnya yang kamu cintai untuk dirimu sendiri, niscaya kamu menjadi seorang Muslim yang sempurna Islamnya. Janganlah kamu banyak tertawa kerana sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati."
(HR. At-Tirmidzi dan Ahmad. Di hassankan oleh Syaikh al-Albani dalam Shahiibut Tidmidzi II/526)

January 26, 2015

Hadith yang dikelirukan untuk mempertahankan adanya bid'ah hasanah.

Ramai yang ingin mempertahankan adanya 'bid'ah hasanah' dengan memaparkan sebuah hadith yang digunakan untuk mengelirukan orang ramai dengan hanya mengatakan "hasanah" sahaja, sedangkan hadith itu menyatakan Sunnah hasanah, bukan bid'ah hasanah, sepertimana yang Nabi shallallahu alaihi wa sallam inginkan, tidak menurut lafaz hadith berkenaan! Kerana memang dalam Islam tidak ada yang dikatakan bid'ah hasanah.
Hadith itu ialah:
"Sesiapa yang mengerjekan SUNNAH yang baik dalam Islam, maka ia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengerjakannya sesudahnya, tanpa mengurangi pahala mereka sendikit pun.  Dan sesiapa yang mengerjekan SUNNAH yang buruk dalam Islam, maka ia mendapat dosanya dan dosa orang yang mengerjekannya sesudahnya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun."
[HR. Muslim no.6741..]

Makna 'sesiapa yang mengerjekan sunnah,' ialah mengerjakan amal dalam rangka melaksanakan atau mengikuti, bukan mengerjakan amal dengan membuat syariat yang baru. Adapun maksud hadith tersebut ialah beramal dengan amalan-amalan yang telah pun ditetapkan dalam sunnah Nabawi. Sebab wujudnya hadith ini (asbabul-Wurud) menunjukkan benarnya perkara itu iaitu berkenaan sedekah yang telahpun disyariatkan.  Iaitu hadith Jabir radiyallahanhu, ia berkata:
"Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam berkhutbah di hadapan kami, maka baginda memberikan semangat pada manusia untuk bersedekah, akan tetapi para sahabat melambat-lambatkan sehingga kelihatan kemarahan pada raut wajahnya. Kemudian datanglah seorang dari kalangan kaum Ansar dengan membawa kantung berisi kurma (untuk disedekahkan), maka sahabat yang lain pun mengikutinya, sehingga kelihatan wajah baginda shallallahu alaihi wa sallam berseri-seri dan baginda bersabda: "Sesiapa yang mengerjekan SUNNAH yang baik dalam Islam....." 

Bahawasanya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang mengerjekan SUNNAH yang baik dalam Islam, sementara beliau juga bersabda "Semua bid'ah adalah sesat," maka tidaklah mungkin timbul dari yang benar dan dibenarkan Rasulullah perkataan yang satunya mendustakan perkataan yang lain. Dan tidak mungkin pula perkataan beliau bercanggah selama-lamanya. Sunnah itu Bertabrakan dengan Bid'ah, tidak mungkin bermaksud sama atau disama ertikan maksudnya...

Tidaklah pernah ada seseorang pun daripada ulama salaf yang mentafsirkan "Sunnah hasanah" dengan bid'ah hasanah yang direka-reka oleh manusia yang datang kemudiannya. 
Allahul Musta'an...
Kutipan dari buku; "Membela Sunnah Nabawiyah" oleh Abdul Wahab bin Bustami.

January 25, 2015

Gambaran Tsunami dalam alQur'an..

Allah Azza wa Jalla berfirman yang ertinya ;

"Dan laut yang didalam tanahnya ada api,"  [QS. Ath-Thuur; 6] *

"Dan apabila lautan dipanaskan."  [QS. At-Takwir: 6] **

Dalam tafsir Ath-Thabari, dikatakan pendapat yang paling rajih berkenaan ayat ini * adalah yang mengatakan bahwa maknanya laut yang penuh airnya hingga MEMUNTAHKAN isinya kedaratan. 

Adapun para pakar bumi, geologist, telah mendatangkan 3 fakta terjadinya fenomena Tsumani. 1.) Tsunami bermula apabila sebuah gangguan air tiba-tiba tukar lajur (column) air-iaitu, air bergerak dari kedudukan asalnya, sehingga meluahkan jumlah air yang sangat banyak.
2.) Kadang kadang ia juga disebabkan oleh gunung berapi yang meletus, dan MEMUNTAHKAN abu (ash) dan batuan lebur (molten) dari dasar laut,  "laut yang didalam tanahnya ada api," sebab itu air yang melimpah luah kedaratan itu berupa lumpuh hitam, (black mud).
3.) Tsunami juga merupakan satu siri gelombang yang didorong oleh angin sangat kencang (wind-driven waves) yang dihasilkan didalam lautan. 

Dikatakan oleh Ibnu Abbas rahimahullah, dan para ulama lainnya : "Allah mengirimkan angin kencang ke lautan itu, lalu membakarnya sehingga lautan itu menjadi api yang menyala-nyala. ** [lihat tafsir Ibnu Katsir ]

Demikianlah Allah telah menerangkan sebuah fakta ilmiah tentang fenomena alam di dalam alQur'an, yang baru terungkap oleh pakar-pakar peneliti di zaman ini. Walaupun orang-orang zaman dahulu belum tahu akan ke rincian terjadinya tsunami, tetapi dengan ilmu yang berbarokah dan bermanfaat, mereka dapat menggambarkan kejadian alam yang belum pernah terjadi di waktu itu..  masyaAllah.

January 23, 2015

Hukum Asal Ibadah itu Terlarang Kecuali ada Dalil Mensyari'atkan

Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah;
"Bab ibadah-ibadah, urusan-urusan agama dan pendekatan-pendekatan diri adalah bersumber daripada Allah dan Rasul-Nya. Tidaklah seseorang menjadikan suatu ibadah atau qurbah (pendekatan diri) kecuali berdasarkan dalil syara'."  (Majmu' al-Fatawa, Jilid 31,pg.35)

Kenyataan ini telahpun dilakukan oleh generasi salafus-soleh daripada kalangan para sahabat dan Tabi'in. 
"Daripada Nafi' bahwa seorang lelaki bersin disisi Ibnu Umar radiyallahuanhu, lalu lelaki itu mengatakan: "Puji-pujian bagi Allah dan salam sejahtera ke atas Rasul-Nya!  (Mendengar ucapan lelaki tersebut) berkata lah Ibnu Umar: '(Adakah) saya mengucapkan:  "Puji-pujian bagi Allah dan salam sejahtera ke atas Rasul-Nya?! Bukanlah ucapan seperti ini! (Tetapi) Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam telah mengajarkan kepada kami ucapan ini: " Puji-pujian bagi Allah pada semua keadaan."  (HR. Al-Tirmidzi dan al-Hakim).

Bukankah tambahan "dan salam sejahtera ke atas Rasul-Nya" itu baik, salam untuk Rasul-Nya, namun di tolak, disanggahi oleh Ibnu Umar hanya ia menyelisihi apa yang Nabi-Nya telah ajarkan, praktikkan... Mereka cepat menutup celah-celah yang dapat membuka pintu-pintu bid'ah.... Kalau didiamkan, mungkin ada yang menambah lagi salam sejahtera ke atas Rasul-Nya dan keluarganya..... 

Begitulah cara para sahabat dan Tabi'in menjaga agama, risalah yang di bawa oleh Nabi shallallahu alaihi wa sallam... Tetapi sangat disedihkan hari ini ramai orang yang meng-inovasi, cara beragama sewenang-wenangnya atas alasan 'niat baik' atau 'apa salahnya' ... 
Allahul Musta'an ...
Dari buku, "Membela Sunnah Nabawiyyah." Oleh Abdul Wahab bin Bustami.

January 21, 2015

Siapakah Ibnu Sina dan tentang orang yang Memujinya.

Ramai orang yang keliru apabila cakap pasal Ibnu Sina. Sehingga ada masjid-masjid dan madrasah yang menggunakan nama Ibnu Sina sebagai salah seorang pemikir Islam. Berikut ini adalah petikan dari kumpulan Fatwa 47, pertanyaan kepada Syaikh Al'Allamah Shalih Fawzan hafizhahullah, tentang Ibnu Sina.

Tanya: "Syaikh yang mulia, semoga Allah memberi kebaikan kepadamu. Apa pendapatmu kepada orang yang memuji Ibnu Sina dan menjadikan dia termasuk salah satu ulama kaum Muslimin.? Semoga Allah membalas kebaikan kepadamu."

Jawab: Orang yang mengatakan hal tersebut berada diantara dua kemungkinan. Kemungkinan Pertama; dia adalah orang yang jahil dan tidak mengetahui keadaan Ibnu Sina, maka orang yang demikian tidak pantas untuk berbicara tentang Ibnu Sina, yang menjadi kewajibannya adalah diam.
Kemungkinan Kedua; dia mengetahui keadaan asli Ibnu Sina, tahu kekafirannya, menetapkan hal tersebut, maka hukumnya sebagaimana Ibnu Sina, dan kita berlindung kepada Allah dari hal yang demikian. Kerana dia mengetahui dan menetapkan kekafiran Ibnu Sina namun dia malah memberikan pujian kepadanya, sungguh ini perkara yang berbahaya. 

Akan tetapi sebahagian orang yang memberikan pujian kepada Ibnu Sina kerana penghormatan bahwa dia seorang dokter saja. Ini merupakan perkara dunia. Dia (Ibnu Sina) seorang dokter dan diantara orang kafir ada dokter yang lebih ahli daripada Ibnu Sina, maka mengapa hanya mengkhususkan pujian kepada Ibnu Sina?
Mereka katakan:
'Kerana Ibnu Sina itu menyandarkan dirinya kepada Islam, sehingga ini merupakan kebanggaan untuk Islam.'
Kita katakan,
'Islam berlepas diri darinya dan Islam tidak membutuhkannya.'

Kesimpulannya bahwa Ibnu Sina tidak layak untuk dipuji dan diberi rekomendasi kerana dia seorang penganut sekte Bathiniyah (salah satu aliran Syi'ah), seorang ahli filsafat, atheist dia bolehnya menyatakan bahwa alam ini terdahulu (maksudnya alam lebih dahulu ada dibandingkan Allah.)" Allahul Musta'an...

Sumber :  At Ta’liiq Al Mukhtashar ‘alal Qasiidah An Nuuniyah, hal. 3/1328
www.Alfawzan.net

January 20, 2015

Kebenaran bukan ikut bilangan.

Allah Azza wa Jalla berfirman yang ertinya;
"Al-Haq (kebenaran) itu adalah daripada Tuhanmu.  Maka janganlah engkau termasuk orang-orang yang meragui tentang kebenaran itu."  [QS. Al-Baqarah: 147]

Kebenaran tidak diukur dengan ramainya orang yang melakukannya. Tetapi kebenaran itu adalah daripada Allah Ta'ala, yaitu amalan yang menepati syariat sekalipun jumlah orang yang mengamalkannya sedikit. 
"Dan jika kamu menuruti kebanyakkan orang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) ".  [QS. Al-An'am: 116]

Abdullah bin Mas'ud radiyallahanhu pernah berkata:
"Al-Jamaah itu ialah apa yang menepati kebenaran, sekalipun engkau bersendirian." 
(Syarah Usul Iktikad Ahli Sunnah wal-Jamaah oleh al-Lalaka'ie. 1/122 no.160)

Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda;
"Telah diperlihatkan umat-umat kepadaku, maka aku melihat Nabi yang diikuti oleh sekelompok manusia tidak melebihi sepuluh orang, ada nabi yang ikut bersama-samanya seorang dan dua orang dan ada nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun..."
(HR. Bukhari dan Muslim).

Fudail bin Iyadh rahimahullah berkata;
" Janganlah engkau merasa gersang untuk menempuh jalan-jalan petunjuk kerana sedikit orang yang melakukannya. Dan janganlah engkau tertipu dengan ramainya orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang membinasakan mereka." 
(Ilmu Usul Bid'ah oleh Ali bin Hasan) 
Dikutip dari buku "Membela Sunnah Nabawiyyah" oleh Abdul Wahab bin Bustami.

January 19, 2015

Kebenaran banyak yang belum diketahui..mengapa disibukkan dengan yang samar..

Ibnu Qayyim rahimahullah berkata, “Sesungguhnya kebenaran yang belum kita ketahui jumlahnya jauh berkali lipat lebih banyak daripada kebenaran yang sudah kita ketahui. Kebenaran yang sudah kita ketahui dan tidak ingin kita kerjakan kerena faktor meremehkan atau malas bisa jadi seimbang jumlahnya dengan kebenaran yang ingin kita kerjakan, atau bahkan jauh lebih banyak, atau kurang dari itu. Begitu pula, kebenaran yang tidak sanggup kita lakukan dibandingkan dengan yang sanggup kita lakukan pun demikian keadaannya. Kebenaran yang sudah kita ketahui secara global pun mungkin masih terlalu banyak yang tidak kita ketahui rinciannya. Oleh sebab itulah maka kita membutuhkan hidayah yang sempurna.” (lihat at-Tafsir al-Qoyyim, hal. 9) 
Jika banyak lagi kebenaran yang belum kita ketahui, mengapa kita sibukkan diri dengan perkara-perkara yang belum tentu kebenarannya, ritual-ritual yang tidak ada nas, dalil yang jelas... Allahul Musta'an ..

Menyia-nyiakan waktu!

"Menyia-nyiakan waktu lebih bahaya daripada kematian; kerana menyia-nyiakan waktu dapat memutuskanmu dari Allah dan hari akhir, sedangkan kematian memutus mu dari dunia dan penghuni nya." [Al-Fawa'id ; Ibnu Qayyim]

January 16, 2015

Orang yang paling sehat badannya dan paling saling sakit hatinya.

"Kamu saksikan orang-orang kafir, mereka itu adalah orang-orang yang paling sehat badannya dan paling sakit hatinya. Sedangkan orang Mukmin adalah orang yang paling sehat hatinya tapi paling sakit badannya. Demi Allah jika hatimu sakit walaupun badanmu sehat, kamu tidak berharga didepan Allah." [Al-Fawa'id; Ibnu Qayyim]

Nabi suruh do'a langsung pada Allah.

Dari Abu Tamimah al-Hujaimi, dari seorang laki-laki yang berasal dari Balhujaim, ia bercerita: "Aku pernah bertanya: 'Wahai Rasulullah, kepada siapakah engkau memohon?' Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menjawab: 'Aku berdoa'a kepada Allah SEMATA; sebab apabila kamu tertimpa kesusahan lalu kamu berdo'a kepada-Nya, maka Dia akan menghilangkannya darimu. Apabila hewan tungganganmu hilang di padang pasir yang luas lalu kamu berdo'a kepada-Nya, niscaya Dia akan mengembalikannya kepadamu. Dan apabila kamu mengalami musim kemarau yang panjang lalu engkau berdo'a kepada-Nya, pasti Dia akan menumbuhkan tanaman untukmu.'" [no. 420]
(Di Shahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Shahih, 1, {931})

Nabi sendiri berdo'a langsung kepada Allah Tabaraaka wa Ta'ala tidak melalui para Nabi Ibrahim atau Musa alaihissalam. Tidak pula beliau shallallahu alaihi wa sallam cadangkan sepeninggalnya (wafat) kita berdo'a melaluinya supaya beliau sampaikan kepada Allah Ta'ala. Maka bagaimana mungkin manusia sekarang boleh membenarkan memohon, meminta, pertolongan, keberkahan, kepada selain Allah Ta'ala...  Allahul Musta'an..

Biar Allah bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu...

"Dan bersabar lah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarlah Aku (saja) bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar."
[QS. Al-Muzzammil : 10-11]

Allah Ta'ala berfirman seraya memerintahkan Rasul-Nya shallallahu alaihi wa sallam untuk senantiasa bersabar atas apa yang dikatakan oleh orang-orang bodoh dari kaumnya dan mendustakannya. Dan hendaklah beliau menjauhkan diri mereka dengan cara yang baik, yaitu upaya penjauhan diri yang tidak disertai cacian.
[Tafsir Ibnu Katsir].

January 15, 2015

Dahulu mereka letakkan patung2 orang shalih di majlis-majlis mereka....

Kaum pertama yang menyembah patung-patung ialah kaum Nabi Nuh. Jarak antara Adam dan Nuh adalah 10 abad, mereka semua memeluk agama Islam. [Tafsir Ath-Thabari]

Apabila meninggalnya kaum yang shalih dari anak Adam, pengikut-pengikut yang meneladani mereka pun berkata; 'Bagaimana jika kita buatkan patung untuk mereka sehingga kita lebih bersemangat untuk beribadah ketika mengingati mereka?" Mereka pun membuat patung-patung yang menyerupai orang shalih itu dan menempatkannya di majlis-majlis yang menjadi tempat duduk mereka. Patung-patung itu pun diberi nama dengan nama-nama orang-orang shalih itu. [Sila lihat Tafsir Ibnu Katsir; 71:23]

Dizaman sekarang kita tidak lagi nampak patung-patung, tetapi ada 'kerusi kosong'..
"Dan sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan manusia,"  [QS. Nuh. 71:24]
Allahul Musta'an.

Jika semasa hidup tidak bisa memberi pertolongan..apalagi sesudah wafatnya!

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang ertinya;

'Katakanlah: "Sesunggunya aku hanya beribadah kepada Rabb-ku dan aku tidak mempersekutukan sesuatu dengan-Nya.
Katakanlah : "Sesungguhnya aku tidak kuasa mendatangkan suatu kemudharatan pun kepadamu dan tidak (pula) suatu manfaat."
Katakanlah : "Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun yang dapat melindungiku dari (adzab) Allah dan sekali-kali tidak akan memperoleh tempat berlindung selain dari-Nya."
[QS. Al-Jin: 20-22] 
'Katakanlah: "Aku tidak mengatakan kepada kalian, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak pula aku mengetahui yang ghaib, dan tidak pula aku mengatakan kepada kalian bahwa aku adalah seorang malaikat." 
[QS. An'am: 50].

Dalam tafsir Ibnu Katsir rahimahullah, diterangkan maksudnya, "Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa seperti kalian, hanya saja aku diberi wahyu. Aku juga hanya salah seorang dari hamba-hamba Allah, dan aku tidak mempunyai kuasa sedikit pun untuk memberi hidayah atau menyelewengkan kalian, tetapi semua itu berpulang kepada Allah Azza wa Jalla." Kemudian beliau juga memberitahukan tentang dirinya sendiri bahwasanya tidak ada seorang pun yang dapat menyelamatkan dirinya dari Allah. Dengan kata lain 'jika aku berbuat maksiat kepada-Nya, maka tidak ada seorang pun yang mampu menyelamatkan diriku dari adzab-Nya.' 
[Sila lihat Tafsir Ibnu Katsir 72:20-22].

Nabi shallallahu alaihi wa sallam sendiri semasa hidupnya, tidak tahu yang ghaib, tidak punya kuasa, tidak dapat mengkabulkan doa umatnya, tidak dapat memberi pertolongan, beliau memohon perlindungan dari Allah sahaja. Apalagi setelah lebih 1425 tahun H, wafatnya baginda shallallahu alaihi wa sallam tidak mungkin beliau dapat memberi perlindungan kepada umatnya.

Beliau telah menyampaikan risalah Allah, kerana itu barangsiapa berbuat durhaka setelah itu, maka dia akan memperoleh balasan atas perbuatannya tersebut. Tidak ada yang bisa menyelamatkan dan tidak juga mengeluarkan mereka darinya.

"Akan tetapi (aku hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya baginyalah Neraka Jahanam, mereka kekal didalamnya selama-lamanya."  [QS. Al-Jin: 73].
Allahul Musta'an 

January 14, 2015

Penolong syaitan.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang ertinya,

"Orang-orang kafir itu adalah penolong syaitan untuk berbuat durhaka kepada Allah." 
[QS. Al-Furqaan:55].

Ayat ini merupakan sindiran paling halus dari alQur'an, bahwa orang yang beriman sentiasa bersama Allah dalam memerangi hawa nafsu, syaitan dan musuh-musuh Allah. Sa'id bin Jabir berkata: "Bantuan kepada syaitan untuk memusuhi Allah adalah dengan perbuatan syirik."

Laits dari Mujahid berkata: "Barangsiapa yang membiarkan syaitan bermaksiat kepada Allah berarti ia telah membantunya."
Zaid Ibn Aslam berkata: "membantu atau mengikuti." Artinya: mengikuti musuh Allah untuk bermaksiat kepada-Nya dan menyekutukan-Nya. Berarti ia telah membantu musuh untuk berperang melawan Allah.
[Al-Fawa'id oleh Ibnu Qayyim.]

January 13, 2015

Siapa kata Tafsir Salaf tidak relevan lagi?

Allah Ta'ala berfirman yang ertinya;
"Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebagian perkataan atas (nama) Kami, niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanan-nya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorang pun darimu yang dapat menghalangi (Kami) dari pemotongan urat nadi itu."  [QS. Al-Haaqqah; 69:44-47]

Dalam tafsir Ibnu Katsir rahimahullah, Ibnu Abbas mengatakan "urat tali jantung" ialah "Urat jantung, yakni SATU URAT dimana jantung bergantung padanya."

MashaAllah, urat ini dipanggil Aorta, urat nadi yang paling besar dan paling utama, yang mana jika dipotong, manusia akan mati dalam masa satu minit kerana itulah masa yang SEMUA darah didalam badan akan melalui Aorta ini. Fungsi urat ini sangat penting dalam perjalanan darah keseluruh badan manusia dan terputusnya urat ini akan mengakibatkan kematian segera. 

Maka siapa kata bahwa tafsir para sahabat dan para ulama-ulama salaf sudah tidak relevan dizaman teknologi ini?  
Allaahul Musta'an.

January 12, 2015

Manusia dihadapkan 3 kali persidangan di hari Kiamat.

Ibnu Abid Dun-ya menceritakan, Umar bin al-Khaththab radhiyallanhu berkata; "Hisablah diri kalian sebelum kalian di hisab. Dan timbang lah diri kalian sebelum kalian ditimbang. Sesungguhnya kalian menghisab diri kalian hari ini akan meringkaskan bagi kalian hisab di hari esok dan berhias lah untuk menyambut perhelatan besar."  [Lihat Tafsir Ibnu Katsir 69:18]

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda;
"Pada hari Kiamat kelak, ummat manusia akan dihadapkan (dengan) 3 kali persidangan. Dua persidangan mencakup perdebatan dan penyampaian alasan. Sedangkan persidangan ketiga, pada saat itu lembaran-lembaran catatan beterbangan ke tangan umat manusia, sehingga ada yang mengambilnya dengan tangan kiri."  [HR. Ibnu Majah & at-Tirmidzi]

"Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Rabbmu) tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah). [QS. Al-Haaqqah; 69:18]

Dari itu, apa jawapan kalian kelak di hadapan-Nya atas peribadahan yang kalian lakukan saat ini yang tidak ada perintah dari-Nya atau pun di contohi oleh Rasul-Nya. Bayangkan bagaimana kalian akan berdebat dan memberi alasan. Andai kata alasan diterima, alhamdulillah, tetapi jika di rejek! Fikirkan lah wahai pencinta Rasul. Allaahul Musta'an.

January 10, 2015

Tali iman yang paling kuat!

Dari Ibnu Abbas radiyallahuanhu, ia bercerita: "Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pernah bertanya kepada Abu Dzar: 'Buhul (simpul) iman apakah ~aku mengira ia berkata~ yang paling kuat?' Abu Dzar berkata: '(Bukankah) Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui ?' Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam pun menjawab: 
'Yaitu wala' (memberi loyalitas) kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, mencintai kerana Allah, dan membenci kerana Allah.'"  [no. 1728]

(Di Shahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Shahih, 1, {1120})

Di antara watak orang-orang kafir

Di antara watak orang-orang kafir adalah mendustakan, membangkang, dan menolak kebenaran. {Tafsir Ibnu katsir}.
"Bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya)." [QS. Al-Insyiqaaq; 84:22]

January 9, 2015

Diatas berlebihan, dibawah menyepelekan, siapa ditengah?

Umar bin Abdul Aziz rahimahullah 63-101H,  berkata, yang ertinya; "Berhentilah dimana mereka berhenti, kerana mereka berhenti berdasarkan ilmu, mereka menahan diri berdasarkan pandangan yang tajam, mereka lebih mampu untuk menguaknya, mereka lebih patut untuk meraih keutamaan. 

Jika kalian kata bid'ah (penyimpangan) itu muncul sesudah mereka, maka ia tidak muncul kecuali ditangan orang-orang yang menyelisihi petunjuk mereka, tidak menyukai sunnah mereka, padahal mereka telah menjelaskan dengan sangat memadai, telah berbicara dengan sangat mencukupi. 

Maka yang diatas mereka adalah orang yang berlebih-lebihan, dan dibawah mereka adalah orang yang menyepelekan. Sebagian orang lalai dalam mengikuti jalan mereka, akibatnya mereka menjadi akal-akalan, dan sebagian orang melampaui batas mereka, akibatnya dia justru terjerumus kedalam sikap berlebih-lebihan (ekstrim), dan sesungguhnya mereka diantara kedua sikap tersebut, benar-benar diatas jalan yang lurus. (Al-Burhan fi Bayan al-Quran, hal 88-89 oleh Ibnu Qudamah.)
[Di petik dari buku; Syarah Lum'atul I'tiqad karya Ibnu Qudamah disyarahkan oleh Syaikh al-Utsaimin.]

January 8, 2015

Jangan pandang belakang!

Nasehat mengikuti atsar-atsar as-Salaf dari para sahabat dan Tabi'in, dari abad-abad yang mulia. Sekalipun orang-orang menolakmu. Yakni bila orang-orang yang mengkritik mu kerana kamu mengikuti as-Salaf ash-Shalih, lalu mereka menyudutkanmu kerana itu, maka jangan menoleh kepada mereka dan jangan memperdulikan mereka, kerana kamu diatas kebenaran. 

Selama kamu diatas kebenaran, maka segala puji bagi Allah, dan kebenaran tanpa ragu terletak pada mengikuti as-Salaf. Bila kamu melihat orang menyatakan bahwa dirimu kaku, terbelakang, kuno dan seterusnya, pemuja abad-abad pertengahan, atau ucapan-ucapan lainnya maka jangan menengok mereka, kerana kamu diatas kebenaran sementara mereka diatas kebatilan, jangan pedulikan! 
[Di petik dari buku; Syarah Lum'atul I'tiqad karya Ibnu Qudamah disyarahkan oleh Syaikh al-Utsaimin.]

January 7, 2015

Amal apa yang terputus?

Berkata Syaikul Islam Ibnu Taimiyyah;
"Maka berhati-hatilah wahai manusia jika engkau membenci sesuatu yang datang dengannya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam atau engkau menolaknya untuk mengikuti hawa nafsumu atau membela madzhab atau Syaikhmu atau mengikuti kesibukanmu dengan syahwat atau dengan dunia kerana sesungguhnya Allah tidak mewajibkan atas seseorang keta'atan kepada seseorangpun kecuali keta'atan kepada Rasul-Nya dan agar mengambil terhadap apa yang datang dengannya, jadi jikalau seseorang menyelisihi semua makhluk dan mengikuti Rasul, Allah tidak akan menanyainya tentang penyelisihan orang tersebut jika perkara tersebut kerana sesungguhnya keta'atan adalah ittiba' kepada Rasul kecuali jika perkara tersebut menyelisihi apa yang Rasul perintahkan dengannya dia tidak taati (maka Allah akan menanyainya). 

Maka ketahuilah hal itu dan hendaklah engkau dengar dan ta'at serta mengikuti dan jangan berbuat bid'ah.
Jadilah amalmu terputus dan gagal atasmu bahkan tidak ada kebaikan dalam amal yang terputus dan tidak ada kebaikan bagi orang yang melakukannya." Wallahu a'lam.
Majmu' Al Fataawa 16/528-529

January 5, 2015

Fatwa yang disembunyikan!

Ini lah fatwa yang di sembunyikan oleh ramai penguasa agama, pembesar-pembesar negeri untuk mengkelaburi masyarakat awam supaya terurus menerus melakukan dosa setiap tahun. Dan masyarakat Islam disini tidak akan dapat membacanya di akhbar-akhbar selagi para agamawan, para penguasa Islam maseh enggan membuka minda dan melapangkan dada untuk mendengar nasehat, keterangan hukum Islam mengikuti ajaran Nabi shallallahu alaihi wa sallam sebenarnya tanpa suntikan hawa nafs. Allahul Musta'an.

Syeikh yang dinukil fatwanya adalah seorang masyaaikh yang sangat dihormati dan dijadikan rujukan oleh kaum Muslimin sedunia, lebih-lebih lagi mereka yang bermanhaj Salaf.

Fakta telah dibuka selebar nya, dengan hujah yang terang bak sinar matahari di tengah hari. Masih kah kurang jelas ? Atau hawa nafsu yang enggan melepaskan tradisi sehingga menutup akal budi!
Wallahu a'lam bish shawab


January 2, 2015

Nabi diutus mengajarkan al-Kitab & as-Sunnah, mengapa maseh buat bid'ah?

Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman yang ertinya:

"Dia lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajar kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah (as-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata."  [QS. Al- Jumu'ah ; 62:2]

Dahulunya orang-orang Arab berpegang teguh kepada agama Ibrahim alaihissalam, namun mereka mengganti, merubah, memutarbalikkan, menyimpangkan darinya, serta menukar tauhid dengan syirik, dan merubah keyakinan dengan keraguan. Mereka membuat perkara-perkara baru yang tidak diizinkan oleh Allah Ta'ala sebagaimana yang telah dilakukan oleh Ahlu Kitab yang mengganti, menyelewengkan, merubah kitab-kitab mereka, serta menakwilkannya. 

Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala mengutus Muhammad shallallahu alaihi wa sallam dengan membawa syariat yang agung, lengkap lagi mencakup seluruh kebutuhan makhluk. Didalamnya terdapat petunjuk dan penjelasan segala sesuatu yang mereka perlukan, baik yang menyangkut kehidupan dunia maupun akhirat mereka, sekaligus mengajak mereka kepada amalan yang mendekatkan mereka kepada Shurga dan keridhaan Allah Ta'ala serta menjauhi segala sesuatu yang mendekatkan mereka kepada Neraka dan kemurkaan Allah. Kitab itu pula yang memberikan keputusan dan penjelasan utuh tentang berbagai syubhat, keraguan dan kebimbangan dalam masa'alah-masa'alah pokok (ushul) dan cabang (furu'). Dan Allah Ta'ala telah mengumpulkan didalamnya berbagai macam kebaikan dari orang-orang terdahulu. Kitab itu pula yang menceritakan tentang apa-apa yang diberikan kepada orang-orang terdahulu yang tidak diberikan kepada orang-orang yang hidup terakhir atau sebaliknya. [Tafsir Ibnu Katsir]

Nabi diutus mengajarkan al-Kitab dan as-Sunnah kepada orang-orang Arab dahulu kerana mereka telah merubah keagamaan dan tauhid mereka, bagaimana keadaan umat sekarang yang berbalik membuat bid'ah, menyelewengkan, mentakwil, merubah makna sifat-sifat Allah Ta'ala, membuat syariat-syariat baru?  Allahul Musta'an.
Semoga shalawat dan salam senantiasa terlimpah kepada beliau shallallahu alai wa sallam sampai hari Kiamat.

January 1, 2015

Keburukan di alam semesta kerana menyelisihi Rasul.

Ibnu Qayyim rahimahullah berkata,
"Barangsiapa yang merenungkan keadaan alam semesta dan berbagai keburukan yang terjadi padanya, niscaya dia akan menyimpulkan bahwa segala keburukan di alam semesta ini sebabnya adalah menyelisihi Rasul dan keluar dari keta'atan kepadanya. Demikian pula segala kebaikan yang ada didunia ini sebabnya adalah keta'atan kepada Rasul." 
[Lihat adh-Dhau' al-Munir 'ala at-Tafsir (2/236-237)]