SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

September 13, 2012

Ubat Penyakit Jiwa

Kekayaan harta benda tidak dapat menjamin kekayaan hati. Ramai nya anak tidak dapat menjamin kebahagian.  Jabatan tinggi dan gaji besar tidak dapat menjamin ketenteraman jiwa...

Di era zaman yang serba moden ini, manusia telah dipermudahkan dalam urusan seharian  mereka dengan teknologi canggih. Untuk berkomunikasi dipermudahkan dengan berbagai lelaman media seperti fesbook, pesanan ringkas ( SMS), email, skype dan segala macam kemudahan lagi dapat di capai sekelip mata.  

Bukan itu sahaja, ilmu dunia dan akhirat juga dapat di belajari melalui media internet dengan mendengar ceramah, membaca makalah yang bermanfaat dan ada juga persekolahan online.. Jika ulama dahulu terpaksa bersafar berbulan bulan, beratusan batu hanya untuk mendapatkan satu buah hadits, tetapi kita hanya menekan butang dari rumah sahaja.

Dalam masa yang sama juga bermacam macam penyakit aneh menular. Lebih ramai manusia yang mengidap penyakit mental dan jiwa. Bukan yang jiwang jiwang saja budiri (bunuh diri) yang kaya , popular dan artis juga.. Gejala sosial, anak luar nikah, pendedahan aurat , perlecehan moral , porno dan bermacam maksiat berleluasa.

Adakah krisis moral yang sedang melanda disana sini akibatnya hilang jati diri , maruah, kurang iman kerana rusaknya mental dan cara berfikir manusia yang seharusnya mengikut naluri murni yang sejati sebagaimana yang di fitrahkan.

Mungkinkah kerana semua serba mudah dan cepat, manusia juga ambil mudah semua perkara dan cepat bertolak belakang hukum. Demi menghambat cita cita kenikmatan kebendaan, kedudukan, kesenangan , mereka rela mengorbankan tata cara hidup yang di fitrahkan, melupakan tujuan disebalik penciptaannya iaitu menghambakan diri pada Sang Pencipta bukan selain -Nya, mengorbankan diri sebagai makhluk sosial yang sepatutnya melakukan amal makruf dan nahi munkar.

Sebaliknya rasa cukup dan puas dengan harta dan anak dan tidak memperdulikan keadaan disekelingingnya. Mereka mementingkan diri sendiri dan sanggup menzalimi orang lain. Kini ramai yang mengalami apa yang disebutkan sakit mental. Satu penyakit yang bukan disebabkan jangkitan bacteria atau virus tetapi kerana cara hidup seharian yang jauh dari pengalaman nilai nilai agama. Apalagi secara beragama, jika kita lihat masharakat disini sangat membimbangkan.

Penyakit moden ini tidak menimpa manusia zaman dahulu, bukan kerana mereka belum moden, tetapi kerana kehidupan mereka yang antik itu bebas dari kegelisihan mental.   

Orang primitif dahulu tidak menderita penyakit jiwa, bahkan pemikiran mereka lebih baik dan cergas.Kita lihat beribuan kitab yang telah mereka tulis, berjilid jilid tafsir Al-Quran, imam empat yang hebat, masing masing dengan kitab mereka. Dari ilmu sekecil mereka telah menghafal Al-Qur’an. Kalau hendak dibandingkan, hampir keseluruhan ilmu agama ini selain menimba dari Al-Quran dan hadits, kita dapat fahami dari kitab mereka. Mereka sihat jasmani dan ruhani.

Ini kerana mereka sangat prihatin atas semua perintah dan larangan Allah subhanahu wataala dan kehidupan mereka seharian di atas landasan Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya.  Mereka dekat dengan Allah dan sentiasa dibawah penjagaan-Nya.

Ibnu Qayyim dalam kitabnya, perubatan cara Nabi, menceritakan bagaimana beliau sendiri pernah di hinggapi satu penyakit kronis dengan izin Allah dengan shifaqnya Al-Quran dia sembuh.  

Walaupun manusia zaman sekarang lebih maju dengan sains dan teknologi tetapi jiwanya semakin teruk dan mundur. Kini banyak kita saksikan pembunuhan yang ngeri, ke dzaliman dan berbagai jenis jenayah. Berapa banyak pembunuhan beramai ramai terjadi di Amerika di sebabkan orang yang berpenyakit phsyomatik. Pembantaian manusia yang tidak berdosa, disebabkan kekejaman para pemerintah atas alasan konflik antara kaum dan agama.  Manusia zaman sekarang gagal mengendalikan diri sendiri dalam rangkaian kemanusiannya, sebaliknya mereka bersifat rakus, sarakah, tamak, ganas dan kejam dalam rangka mengikuti hawa nafsu kebinatangannya.

Tampuk kepimpinan jadi rebutan, jawatan kerajaan di kejarkan sehingga ada yang sanggup menggadaikan ke-Islamannya,  agamanya di jual dengan harga sedikit untuk kepentingan kehidupan sendiri. Mereka beragama dengan berkonsep mengikuti tradisi, budaya walaupun kadang kala amalan keagamaan yang di buat itu menyesatkan. Hukum shari’ di belakangkan, ilmu kalam kedepan. Apa yang shari’ di tinggalkan, yang bidah di amalkan.

Ilmu yang dimiliki tidak di gunakan untuk membangun kemaslahatan bersama, tetapi untuk tujuan peribadi semata. Shariat agama di reka bentuk untuk menyesuaikan pada keadaan terkini dengan beralasan ’ realiti’. Islam dipolitikkan supaya sesuai dengan situasi semasa. Mereka beranggapan hukum yang sedia ada di dalam Al-Qur’an dan Hadits perlu di revisi secucuk keadaan masa . Ada yang bertanya, ” mengapa mesti ambil agama dari orang yang sudah mati? ” 
Mereka lupa, bukan kah orang orang yang sudah mati sudah dijamin shurga tetapi kita yang hidup .. belum tentu tempatnya...Jika Allah redha dengan orang orang Ansar dan Muhajirin, bukan kah sepatutnya mereka lah jadi panutan kita dalam beragama kerana mereka lah yang sangat faham dengan Islam.

Dalam mengejar kehidupan seharian, ramai yang lupa ’ mengapa manusia diciptakan’ sehingga mengabaikan keperluan jasmani dan ruhani yang menjadi unsur keutamaan manusia. Ketika manusia telah hilang sinar imannya dan pemikiran yang sihat, maka kehidupannya akan berpandukan hawa nafsu. Dan apabila Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatanya, maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah?                        (Al-Jaatsiyah [45] : 23)


Bukan berarti tidak boleh mencari harta , belajar keluar negeri, hidup mewah, berjawatan tinggi, tetapi yang dilarang ,mengedepankan kehidupan dunia sehingga lupa akan akhirat. Kehidupannya tidak seimbang, Islam melarang kehidupan yang tempang.

Segulung ijazah di rangkul tetapi Al-Qur’an dan sunnah di belakangkan, belajar Islam dengan orang yang bukan Islam, mana sama keislamannya. Mempraktikkan agama dengan hukum buatan manusia , mana sunnahnya...

  
Cara kehipuan yang sihat adalah mengedepankan bagian akhirat dengan tidak mengabaikan keperluan dunia. Umat zaman dahulu juga berniaga, berkerja di siang hari tetapi pada malam hari mereka beribadah seakan akan mereka akan mati esok paginya. Dari sejarah kita lihat bagaimana Nabi shallalahu alaihi wassalam dan para sahabatnya dan juga para tabiin dan tabiiut berjuang, berdakwah, bekerja, berilmu, beribadah dan memfaatkan setiap detik untuk agama Allah. Sedikit malamnya di tempat tidur....
Di hening malam yang sunyi sepi, beliau mendirikan shalat tahajjud, membaca Al-Qur’an, beribadah dengan tekun. Generasi salaf dahulu juga mencontohi beliau sehingga keputusan yang mereka buat selalunya dengan kebijaksanaan yang dapat mendatangkan maslahat pada kaum sesudahnya. Bagi Nabi dan juga para sahabatnya , tempat mereka bergantung hanyalah pada Allah semata mata . Allah ada lah satu satunya tempat mengadu, berlindung dan memohon pertolongan.
Sebagai seorang beriman kita patut untuk bersungguh sungguh mengikuti tradisi Nabi dalam sehari hari. Apapun masaalah hidup kita , akan menjadi mudah untuk diatasi jika benar benar meneladani Rasulullah shallalahu alaihi wassalam.
Sebab dengan cara seperti itulah kita akan mampu menghidupkan sunnah beliau dan beriman dengan benar.
Semoga dengan mengingati Allah subhanahu wataala sesaorang akan menemukan kembali pendengarannya setelah tuli, memperoleh  kembali pandangannya setelah buta dan menjadi lembut serta penuh ketaatan setelah liar.

Wallahu a’lam..


No comments:

Post a Comment