SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

October 11, 2013

Amalan-amalan yang tidak dapat menyelamatkan pembuatnya.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman;

"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu beterbangan."   [QS. Al-Furqaan; 25:23]

Ibnu Katsir dalam tafsirnya berkata, ini terjadi pada hari Kiamat, di mana Allah menghisap hamba-hamba-Nya atas dasar apa yang mereka amalkan berupa kebaikan dan keburukan. Lalu Dia mengkhabarkan bahwa tidak ada hasil yang akan di raih oleh mereka kaum musyrikin, dari amal-amal yang mereka sangka dapat menyelamatkan. Hal itu disebabkan hilangnya sharat syar'i, baik keikhlasan dalam beramal atau mengikuti syari'at Allah.

Dari itu mereka yang beramal tidak atas tunjuk ajar Nabi shallallahu alaihi wasallam, hanya mengikut prasangka baik sahaja, amalannya tertolak kerana tidak atas dasar Sunnahnya.

Sebagaimana dalam tafsir Ath-Thabari, dikatakan amalan bagaikan debu terlihat seperti bentuk debu jika terkena cahaya matahari dari celah dinding, tapi tak bisa tertangkap dan tersentuh tangan. Wallahu a'lam.

Ref:Tafsir Ibn Katsir; Tafsir Ath-Thabari

No comments:

Post a Comment