SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

December 25, 2016

Shalat Jum'at yang pertama dipenjara..

Shalat Jum'at yang diadakan dipenjara setelah penjara Ibnu Taimiyyah, ialah ketika Syaikh Al-Albani dalam penjara.
Syaikh Muhammad bin Ibrahim Asy-Syaibani mengatakan, "Termasuk nikmat Allah pada Syaikh Nashir rahimahullah ketika dalam penjara, beliau mendakwahi orang-orang yang dipenjara seperti dakwah beliau diluar penjara, yaitu mengajak manusia kepada Al Qur'an dan As-Sunnah, meninggalkan bid'ah dalam agama, tunduk kepada firman Allah Ta'ala dan sabda Rasul-Nya, serta meninggalkan sikap taklid."
Akhirnya ramai manusia yang menerima dakwah beliau. Beliau juga menyusun Mukhtashar Shahiih Muslim selama berada di penjara. Beliau juga menganjurkan mereka untuk mengerjekan shalat dengan berjema'ah dan mendirikan shalat Jum'at di penjara, sehingga itu menjadi shalat Jum'at pertama yang di adakan di penjara setelah penjara Ibnu Taimiyyah.
Sungguh, semangat beliau dalam ilmu dan dakwah tidak mengenal batas. 
(Hayaatul Albaaniy, 1/27-28).
Sumber buku "Syaikh Al-Albani di Hujat" oleh Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar as-Sidawi

No comments:

Post a Comment