SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

December 26, 2017

Bagaimana mungkin segumpal daging kecil tidak terpengaruh?

Ayat-ayat al-Qur'an seandainya diturunkan pada bukit yang tuli, niscaya Anda melihatnya hancur berkeping-keping kerana pengaruhnya.
Maka, bagaimana mungkin segumpal daging kecil, yaitu hati manusia, tidak terpengaruh?

"Orang-orang Yahudi berkata, 'Tangan Allah terbelenggu...'" [Al-Maa-idah: 64]

Juga ucapan mereka:
"..Sesungguhnya Allah miskin dan kamu kaya..."  [Ali 'Imran: 181]

"...Dan orang-orang Nasrani berkata, 'Al-Masih itu putera Allah...'"  [At-Taubah: 30]

Apakah langit, bumi dan gunung lebih terpengaruh dan marah ketika Dzat Penciptanya dilecehkan daripada manusia yang lebih dimuliakan oleh Allah daripadanya?

(Berkenaan dengan ini) Allah Yang Mahabenar, Mahasuci Dia dari apa yang dikatakan oleh kaum yang zhalim, berfirman:
"Dan mereka berkata, 'Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.' Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat munkar. Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, bumi terbelah, dan gunung-gunung pun runtuh, kerana mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Padahal tidak layak bagi Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak. ". [Maryam: 88-92]

No comments:

Post a Comment