SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

June 16, 2012

Kembali Ke Manhaj Salaf

Memang benar apa yang di katakan oleh Mufti Singapura, Fatris Bakaram semasa di Retreat RRG di Orchid Country Club iaitu para asatizah perlu mempengaruhi dan memenangi pemikiran Muslim setempat. Ini adalah kerana kemunculan bermacam fahaman agama oleh penceramah asing yang begitu pesat sekali di internet.

Tetapi bagaimana dapat mereka melaksanakan apa yang dianjurkan itu.  Tidak lain hanya dengan menyampaikan ilmu yang syarie yang ada petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah dan manhaj salaffussoleh. 

Tetapi tidakkah selama ini mereka menyampaikan ilmu yang syarie.  Jawabannya bergantung kepada apa yang dimaksudkan dengan syarie oleh pendakwah berkenaan.  JIka padanya syarie adalah dengan bertaqlid semata-mata kepada madzab 4 imam tanpa mengutamakan nas Al-Quran dan dalil hadith-hadith yang sohih dan juga atsar para sahabat maka cara ini adalah bathil.  Lihat dan fahamkanlah apa yang di katakan oleh ke empat-empat imam (rahimahulllah anhum):

1.  Imam Abu Hanifah

ä.  "Jika sesuatu hadith sohih, itulah madzabku."

b.  "Tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila ia tidak tahu dari mana kami mengambil sumbernya." Pada riwayat lain beliau mengatakan "Orang yang tidak mengetahui dalilku, haram baginya menggunakan pendapatku untuk memberi fatwa".  Pada riwayat lain ditambahkan "Kami hanyalah seorang manusia.  Hari ini kami berpendapat demikian tetapi esok kami mencabutnya"  Pada riwayat lain lagi dikatakan "Wahai Ya'qub (Abu Yusuf) celakalah kamu. Janganlah kamu tulis semua yang kamu dengar dariku.  Hari ini saya berpendapat demikian, tapi hari esok saya meninggalkannya.  Esok saya berpendapat demikian, tetapi hari berikutnya saya meninggalkannya."

c.  Kalau saya mengemukakan suatu pendapat yang bertentangan dengan Al-Quran dan hadith Rasulullah salallahu a'laihi wassalam, tinggalkanlah pendapatku itu."

2.  Imam Malik bin Anas

a.  "Saya hanyalah seorang manusia, terkadang salah, terkadang benar.  Oleh kerana itu, telitilah pendapatku.  Bila sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah ambillah dan bila tidak sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, tinggalkanlah."

b.  "Siapa pun perkataannya boleh ditolak dan boleh diterima kecuali hanya Nabi sallallahu alaihi wassalam sendiri."

c.  Ibnu Wahhab berkata "Saya pernah mendengar Malik menjawab pertanyaan orang tentang menyela-nyela jari-jari kaki dalam wudhu, jawabnya, "Hal itu bukan urusan manusia." Ibnu Wahhab berkata "Lalu saya tinggalkan beliau sampai orang-orang yang mengelilinginya tinggal sedikit.  Kemudian saya berkatä kepadanya "Kita mempunyai hadiths mengenai hal tersebut." Dia bertanya "Bagaimana hadith itu".  Saya jawab "Laits bin Saád, Ibnu Lahiáh, Ámr bin Hariths, meriwayatkan kepada kami dari Yazid bin Ámr Al-Muáfiri, dari Abi Ábdurrahman Al-Habali dari Mustaurid bin Syaddad al-Qurasyiyyi, ujarnya "Saya melihat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menggosokkan jari manisnya pada celah-celah jari-jari kakinya." Malik menyahut "Hadith ini hasan, saya tidak mendengar ini sama sekali, kecuali kali ini." Kemudian di lain waktu saya mendengar dia ditanya orang tentang hal yang sama, lalu beliau menyuruh orang itu untuk menyela-nyela jari-jari kakinya."

3.  Imam Syafi'e

Beliau berpesan antara lain

a.  "Setiap orang harus bermadzab kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dan mengikutinya.  Apa pun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal dari Rasulullah sallallahu alaihi wassalam tetapi ternyata berlawanan dengan pendapatku, apa yang disabdakan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassalam itulah yang menjadi pendapatku."

b.  Seluruh kaum muslim telah sepakat bahwa orang yang secara jelas telah mengetahui suatu hadith dari Rasulullah tidak halal meninggalkannya guna mengikuti pendapat seseorang."

c.  "Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadith Rasulullah, peganglah hadith Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu."

d.  "Bila suatu hadith itu sohih, itulah madzabku."

e.  "Kalian lebih tahu tentang hadith dan para rawinya daripada aku.  Apabila suatu hadith itu sohih, beritahukanlah kepadaku biar di manapun orangnya, apakah di Kuffah, Basrah, atau Syam, sampai aku pergi menemuinya,"

f.  "Bila suatu masalah ada hadithnya yang sah dari Rasulullah sallallahu alaihi wassalam menurut kalangan ahli hadith, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup maupun setelah aku mati."

g.  "Bila kalian mengetahui aku mengatakan suatu pendapat yang ternyata menyalahi hadith Nabi yang sohih, ketahuilah bahwa hal itu bererti pendapatku tidak berguna."

h.  "Setiap perkataanku bila berlainan dengan riwayat yang sohih dari Nabi salallahu a'laihi wassalam, hadith Nabi lebih utama dan kalian jangan bertaqlid kepadaku."

i.  "Setiap hadith yang datang dari Nabi sallallahu alaihi wassalam bererti itulah pendapatku, sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri dari aku."

4.  Ahmad bin Hanbal

Beliau menyatakan sebagai berikut

a.  "Janganlah engkau taqlid kepadaku atau kepada Malik, Syafi'e, Auzaí dan Tsauri, tetapi ambillah dari sumber yang mereka mengambil." Pada riwayat lain disebutkan "Janganlah kamu taqlid kepada siapapun dari mereka dalam urusan agamamu.  Apa yang datang dari Nabi sallallahu alaihi wassalam dan para sahabatnya, itulah hendaknya yang kamu ambil.  Adapun tentang tabiín, setiap orang boleh memilihnya (menolah atau menerima)." Kali lain dia berkata "Yang dinamakan ittiba'ialah mengikuti apa yang datang dari Nabi dan para sahabatnya, sedangkan yang datang dari para tabiín boleh dipilih."

b.  "Pendapat Auzaí, Malik, dan Hanifah adalah ra'yu (fikiran).  Bagi saya semua ra'yu sama sahja, tetapi yang menjadi hujjah agama adalah yang ada pada atsar (hadith)."

c.  "Barangsiapa yang menolak hadith Rasulullah sallallahu alaihi wassalam dia berada di jurang kehancuran."

Demikianlah pernyataan para imam dalam menyuruh orang untuk berpegang teguh pada hadith dan melarang mengikuti mereka tanpa ilmu.  Tetapi masa sekarang kebanyakkan asatizah kita berpegang teguh pada madzab masing-masing dan mengetepikan hadith-hadith yang sohih yang menyelisihi madzab mereka.  Begitu juga dengan masyarakat kita yang telah dididik sejak kecil untuk bertaqlid pada madzab imam tertentu tanpa diberitahu tentang keutamaan hadith-hadith sohih.  Begitulah keadaannya hingga sekarang. Kebanyakkan asatizah-asatizah tidak mampu untuk mengeluarkan dalil daripada Al-Quran atau hadith atau atsar daripada sahabat-sahabat. Yang sering didengar adalah "mengikut pendapat imam ................".  Bukanlah hendak memperkecilkan atau mengenepikan imam2 yang telah banyak berjasa kepada agama Islam tetapi mereka sendiri telah berlepas diri daripada sesiapa yang mahu bertaqlid kepada mereka. 

Dari itu kriteria yang paling utama saat ini ialah mendedahkan dan mengenalkan masyarakat kita kepada agama Islam yang syari'e, bukan ajaran yang mengikut ra'yu dan hawa nafsu para pendakwah dan janganlah disempitkan agama dengan membatasi ilmu yang boleh disampaikan. Agama yang benar yang berpandukan Al-Quran, sunnah dan manhaj salafussoleh akan memberi manfaat kepada manusia dan tidaklah akan ada perpecahan dan fahaman yang berbeda-beda di antara ummat Nabi sallallahu alaihi wassalam.

Kita juga dilarang mengambil ilmu daripada ahlul bida'ah kerana mereka akan hanya mengelirukan orang yang mendengar dari mereka.  Ibadah hanya di terima pada 2 keadaan iaitu ikhlas dan ittiba'.  Apa jua kita lakukan mesti ikhlas dan ada contoh daripada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Selain daripada itu akan ditolak seperti hadith yang bermaksud "Barangsiapa yang mengadakan ibadah baru dalam agama ini yang bukan dari ajarannya maka ibadah itu tertolak." (muttafaq 'alaih)  Tetapi masalahnya sekarang ramai orang malah para asatizah pun berpendapat bahwa apa yang dilakukan sebagian umat Islam itu adalah bida'ah hasanah.  Ada juga yang suka beralasan dengan "daripada kita buat perkara yang tidak berfaedah kan lebih baik kita lakukan ini dan itu". Bagaimana dengan hadith Nabi yang menyatakan semua macam bida'ah itu sesat dan menyesatkan sekalipun orang banyak memandangnya baik?

Sekarang ini ada beberapa asatizah yang dihormati ramai dan malah mempunyai ramai anak murid tetapi mereka melakukan amalan2 yang boleh menjerumuskan mereka kepada kesyirikkan yang jelas amalan mereka tidak ada contoh dari Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Perhatikan sahja selawat-selawat Nabi yang di amalkan di setiap klas ilmuan mereka. Selawat-selawat ini semua tidak diajar oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassalam tetapi itulah yang mereka yakin dapat memberi rezki, menyembuhkan penyakit dan macam-macam lagi.

Jika inilah yang akan terus diajarkan kepada masyarakat kita, akan dikhuatiri masyarakat kita akan menjadi lebih pincang daripada yang ada sekarang. Allah Musta'aan.

Ingatlah bahwa asal ibadah adalah haram melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala.  Maka itu ikutilah apa yang diajarkan oleh Nabi sallalahu alaihi wassalam dan yang di praktikkan oleh para sahabat yang berlandasan Al-Quran dan Sunnah beliau.

Para asatizah sepatutnya mendalami tafsir Al-Quran mengikut tafsiran para salaf dan memberi lebih perhatian terhadap hadis2 sohih. Janganlah menggunakan hanya sepotong ayat yang sesuai dengan misi mereka dan memakai hadith dhaif atau munkar untuk mengiktirafkan amalan mereka yang tidak ada contoh dari Nabi sallalahu alaihiwassalam . Lebih parah lagi mereka berhujjah dengan ra’yu mereka yang terbatas dan mengenepikan hadith sohih. 

Tetapi kerana Islamofobia telah menjangkit kaum Muslim sendiri, ramai yang tersalah faham terhadap ajaran Islam yang benar ini.  Ada juga asatizah yang suka menggunakan label “salafi/wahabi”. Walhal mereka sendiri jahil dengan sejarah dan aqidah Syeikh Muhammad Abdul Wahab yang dilabel dengan istilah wahabi. Manakala  istilah salafi itu ialah generasi para sahabat dan tabiin setelahnya. Padahal para sahabatlah orang2 yang telah dijamin Syurga dan Allah redha pada kaum Muhajirin dan Ansar, surah at-Taubah ayat 100 "Dan orang yang terdahulu yang mula2 (berhijrah) dari orang Muhajirin dan Ansar, dan orang yang menurut mereka dengan kebaikan, Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia serta Dia menyediakan untuk mereka syurga2 yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar."  Apakah wajar orang2 yang dijamin syurga dan diredhai Allah, bahwa aqidah, ibadah, dan fahaman mereka tentang agama boleh jadi salah dan menyeleweng?

Janganlah kita taksub kepada mana2 guru atau asatizah.  Selidikilah akan kebenaran ajarannya sebelum menerima ilmu daripadanya.  Hayatilah akan firman Allah dalam surah Ali Imraan ayat 188 "Jangan sekali-kali engkau menyangka bahawa orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan.  Jangan engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka akan beroleh azab yang pedih."  Ayat ini turun berkaitan dengan Ahli kitab.  Pada suatu hari Rasulullah bertanya kepada Ahli kitab tentang sesuatu, tetapi mereka memberitahu sesuatu yang lain.  Lalu dengan mengharapkan pujian, mereka memperlihatkan kepada setiap orang bahawa mereka telah menjawab pertanyaan Rasul dan bangga telah berhasil menyembunyikan sesuatu dari Rasul.(HR Bukhari dan Muslim)  Ambillah iktibar dari kisah ini supaya kita tak termasuk dalam golongan mereka yang menyembunyikan ilmu.  

Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment