SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

May 13, 2016

Mengapa penentang Sunnah dibuka pintu-pintu kesenangan?

Sesungguhnya Islam kembali asing. Para dai' yang menyampaikan risalah agama ini berlandasan alQur'an dan as-Sunnah sebagaimana difahamkan oleh para Salafulsoleh, dianggap sesat, lantas dipenjarakan.

Mereka lah sebenarnya pencela Sunnah, mereka berkomplot untuk melumpuhkan dakwah salafiyah kerana tidak mahu mana-mana pihak membantah amalan, ritual bid'ah mereka yang jauh dari Sunnah Nabi-Nya..

Ya, ada yang bertanya, jika Tuhan itu adil, mengapa golongan sebegini maseh lagi bermaharajalela...

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman;
"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka gembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."  [QS. Al-An'aam: 44]
Allahul Mustaan..

No comments:

Post a Comment