SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

June 17, 2014

Fasa-Fasa Perjalanan.

Setiap manusia yang menjejakkan kakinya dibumi ini adalah seorang musafir yang sedang berjalan menuju Rabbnya. Umurnya merupakan jangka waktu perjalanannya menuju kepada Allah. Siang dan malam merupakan fasa-fasa perjalanannya. Jadi setiap hari dan malam merupakan satu fasa perjalanan. Dia akan melalui fasa demi fasa hingga perjalanannya berakhir.

Orang yang cerdik ialah yang menjadikan setiap fasa sebagai pusat perhatiannya. Dia dapat selamat dalam perjalanannya, kerana setiap langkah yang di lalui tidak luput dari perhatiannya. Selepas  satu fasa dilewati dengan selamat, maka perhatiannya tertumpu ke fasa berikutnya. Dia tidak mengulur-ngulur waktu, sehingga hatinya menjadi keras. Dia terus berjalan dengan penuh harapan, tidak mengurangi penundaan dan penangguhan. Dia selalu memperhitungkan umurnya dalam satu fasa yang sedang dilalui, lalu berusaha melewati dengan sebaik-baiknya. 

Jika dia yakin jarak yang akan ditempuh tidak terlalu lama dan dapat melewati dengan segera mungkin, maka pekerjaannya akan terasa ringan dan bekal yang dipersiapkan juga tidak berat. Tatkala menghadapi fasa berikutnya, digunakan cara yang sama, sehingga semua fasa umurnya dilewati dengan mulus, usahanya dipuji, dan dia tinggal meraih apa yang sudah dipersiapkan. 

Jika fajar akhirat sudah menyingsing dan kegelapan dunia sudah berlalu, maka jalannya terlihat terang dan terpuji. Hari itu merupakan hari yang cerah baginya dan keberuntungan sudah ada ditangan. Semoga hari itu juga hari keberuntungan untuk semua umat Islam. 
Cerbisan dari Thariqul-Istiqamah (Jalan Menuju Istiqamah) oleh Ibnu Qayyim al Jauziyyah 

No comments:

Post a Comment