SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

June 18, 2013

Wahai Syaikh, jika perbuatan ini adalah jalan menuju shurga, manakah jalan menuju Neraka?

Jika Anda memperhatikan ibadah-ibadah seperti shalat, haji, iktikaf, puasa dan wudhu, Anda akan memahami bahawa perbuatan-perbuatan yang mubah tertentu dapat menafikan ibadah-ibadah tersebut. Seseorang yang sedang dalam keadaan ihram (dalam haji) dilarang untuk menikah, bercengkerama, bersetubuh serta dilarang daripada segala perbuatan yang dapat mendorongnya kearah perbuatan-perbuatan tersebut. Demikian juga halnya dengan orang yang sedang beriktikaf, berpuasa.

Kaum wanita dilarang menjadi imam bagi kaum lelaki, mereka dilarang memperdengarkan suara tasbih kepada kaum lelaki. Mereka harus tetap pada saf belakang lelaki. Jika seorang wanita melalui batas saf seorang lelaki yang sedang shalat, maka shalat itu terbatal.

Menurut mazhab jumhur, menyentuh wanita dengan syahwat membatalkan wudhu menurut Syaf'i bahkan batal secara mutlak.

Semua ini adalah supaya hati seseorang yang sedang shalat tidak dikaitkan dengan apa pun selain Allah Subhanahu wa Ta'ala. Maka golongan yang dzalim mengubah agama Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan amalan-amalan yang tidak dishariatkan sama sekali. Mereka malah menganggap kehadiran bentuk dan rupa yang elok serta suara nyanyian dan musik yang membangkitkan ghairah sebagai suatu bentuk taqarrub kepada Allah Subhanhu wa Ta'ala. Inilah seburuk-buruknya perbuatan merubah agama dan mengikuti shaitan.

Saya pernah mendengar Syaikh Ibn Taimiyyah bercerita bahwa seorang syaikh yang gemar pada nyanyian dan muzik serta bentuk dan rupa yang elok pernah ditanya oleh seseorang, "Wahai Syaikh, jika perbuatan ini adalah jalan menuju shurga, manakah jalan menuju Neraka?"

Bagaimana mungkin bacaan Quran, (perkara ibadah) dapat menjadi suatu bentuk taqarrub jika disertai dengan musik, nyanyian yang sama sekali tidak dishariatkan?

Petikan dari 'Menyingkap Hukum Nyanyian'  oleh Ibnu Qayyim

No comments:

Post a Comment