SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 25, 2012

Khutbah Bulan Syawal

Oleh Syeikh Muhammad bin Sholih bin Utsaimin. Dari buku Kumpulan Khutbah Pilihan. 

Kaum Muslimin! Dulu anda semua selalu menanti-nanti kedatangan bulan Ramadhan, sekarang bulan Ramadhan telah datang dan segera meninggalkan anda. Demikianlah segala yang datang, pasti akan pergi dan meninggalkan seorang hamba, hingga ia mati. 

Kaum Muslimin! Anda semua telah melaksanakan amalan-amalan di bulan Ramadhan, sebagaimana yang Allah kehendaki. Barangsiapa di antara anda telah melaksanakan amal kebaikan, maka hendaklah ia bergembira dengan penerimaan Allah. Kerana Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beramal baik. Adapun barangsiapa di antara anda yang melakukan amal buruk, hendaklah bertaubat kepada Allah, kerana permohonan ampun selagi dilakukan sebelum kematian, merupakan sesuatu yang dapat diterima. Dan Allah mencintai orang-orang yang bertaubat.

Kaum Muslimin! Sekalipun bulan puasa berakhir, tetapi masa untuk beramal tidak berakhir kecuali dengan datangnya kematian. Sekalipun hari-hari puasa di bulan Ramadhan telah berlalu, tetapi puasa masih tetap disyariatkan setiap waktu. Dan segala puji hanyalah milik Allah subhanallahu wa ta'ala. Rasulullah sallahualaihi wassalam telah mensunnahkan puasa pada hari Senin dan Khamis. 

Beliau bersabda:
"Sesungguhnya amalan-amalan itu dihadapkan kepada Allah Ta'ala pada kedua hari itu, maka aku ingin amalku dihadapkan kepada Allah sedangkan pada sa'at itu aku berpuasa." 

Beliau juga berpesan kepada Abu Hurairah agar berpuasa tiga hari setiap bulan. 

Beliau bersabda:
"Puasa tiga hari setiap bulan sama dengan puasa satu tahun penuh."

Beliau memerintahkan puasa tiga hari itu dilaksanakan pada hari-hari putih, yaitu tanggal 13, 14 dan 15. Siapa yang biasa melaksanakan puasa tiga hari itu, makan itu lebih utama. Jika tidak boleh, maka tidak mengapa melaksanakannya pada hari-hari lain. 

Jika qiyamur Ramadhan (terawih) telah berakhir, maka qiyamullail (solat malam) masih disyariatkan di setiap malam dalam setahun. Dan segala puji hanyalah bagi Allah. Telah diriwayatkan shahih dari Nabi sallahualaihi wassalam bahawa Allah subhanallahu wa ta'ala turun ke langit dunia setiap malam, ketika waktu tersisa sepertiga malam terakhir. Allah berfirman:

"Siapakah yang berdoa kepadaKu nescaya Kukabulkan? Siapakah yang meminta kepadaKu, nescaya Kuberi, dan siapakan yang meminta ampun kepadaKu, nescaya Kuampuni?"

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah kepada Allah dan bersegeralah melaksanakan amal shalih selagi anda masih dikaruniai usia. Buktikan ucapan dengan perbuatan! Manfaatkanlah waktu yang anda miliki untuk melaksanakan amal shalil kerana usia yang sesungguhnya adalah waktu-waktu yang dilewati oleh seorang hamba dengan ketaatan kepada Allah. Adapun selain waktu-waktu itu, maka merupakan waktu yang hilang percuma. 

Kaum Muslimin! Allah telah memudahkan jalan-jalan kebaikan untuk anda dan membuka pintu-pintu kebaikan itu, menyeru anda untuk memasukinya, serta menjelaskan pahalanya kepada anda. Solat lima waktu merupakan rukun Islam yang palin ditekankan setelah tauhid. Solat ini lima kali dalam perlaksanaan, tetapi dihitung lima puluh kebajikan dalam timbangan. Ia dilaksanakan terpisah-pisah pada waktu-waktu yang sesuai, agar tidak terjadi kebosanan dan kemalasan, serta agar masing-masing dari waktu tersebut mendapat jatah perlaksanaan solat. Maka Maha Suci Allah Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Membalas. 

Solat sunnah rawatib jumlahnya duabelas rakaat. Empat rakaat sebelum Zuhur, dengan dua salam, dua rakaat sesudah Zuhur, dua rakaat sesudah Maghrib, dan dua rakaat sesudah Isya', dan dua rakaat sebelum solat Subuh. Barangsiapa yang melaksanakan solat sunnah rawatib ini, maka Allah akan membangunkan satu rumah di syurga untuknya. 

Solat witir merupakan Sunnah Rasulullah sallalahualaihi wassalam, berdasarkan sabda mahupun perbuatan beliau. Beliau bersabda,"Sesungguhnya Allah itu witir dan mencintai witir."

Solat witir paling sedikit satu rakaat dan paling banyak sebelas rakaat. Waktu perlaksanaannya sejak selesai solat Isya' hingga terbitnya Fajar. Is merupakan solat sunnah mu'akkad, dan tidak seyogianya ditinggalkan. Bahkan, sebahagian ulama' mengatakan bahwa solat witir merupakan kewajiban. Imam Ahmad berkata,"Barangsiapa yang meninggalkan solat witir, maka ia adalah laki-laki buruk. Tidak patut kesaksianyya diterima."

Ada pula dzikir-dzikir yang dibaca setelah solat fardhu. Barangsiapa yang membaca tasbih setelah selesai solat tigapuluh tiga kali, tahmid tigapuluh tiga kali dan takbir tigapuluh tiga kali, semua itu berjumlah sembilanpuluh sembilan dan sebagai penyempurna menjadi seratus dengan mengucapkan "La illahu wahdahu la syarika lah, lahu 'lmulku wa lahu 'l-hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qodir", maka dosa-dosanya diampuni, sekalipun seperti buih di lautan.

Ada pula wudhu. Barangsiapa yang berwudhu, lalu menyempurnakan wudhunya, kemudia berdoa "Asyhadu allah ilaha illallahu wahdahu la syarika lah wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rosuluh, Allahummaja'lni mina 't-tawwabiina waja'lni mina 'l mutathohhirin", maka dibukakan untuknya delapan pintu syurga, ia bisa memasukinya dari pintu mana saja yang ia kehendaki.

Demikian juga menafkahkan harta. Jika seseorang menafkahkan hartanya untuk mencari ridha Allah, maka ia akan mendapat pahalanya, sekalipun nafkah itu untuk dirinya sendiri, keluarganya atau anaknya. Sungguh, Allah meridhai hamba-Nya yang memakan  sesuap makanan lantas memuji Allah kerananya dan meminum seteguk mminuman lantas memuji-Nya kerananya. Orang yang menyantuni janda dan orang miskin seperti mujahid di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa tanpa disela hari berbuka, atau seperti melaksanakan solat setiap malam tanpa henti. Orang yang menyantuni mereka adalah yang berupaya mencarikan rezeki dan memenuhi keperluan mereka. Tidak diragukan lagi bahwa keluarga anda yang tidak dapat menafkahi dirinya sendiri seperti anak-anak yang masih kecil dan lain-lain, termasuk orang miskin. Maka, siapa yang menyantuni mereka ibarat mujahid yang berjihad di jalan Allah. 

Wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya jalan-jalan kebaikan itu banyak sekali. Lalu, dimanakah orang-orang yang menempuh jalan itu? Sesungguhnya pintu-pintu kebaikan terbuka, lalu dimanakan orang-orang yang memasukinya? Sesungguhnya kebenaran itu jelas, tidak ada yang menyimpang darinya selain orang-orang yang binasa.

No comments:

Post a Comment