SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 8, 2012

Mutiara Ibn Qayyim Al-Jauziyah

Untaian Nasihat Berharga Kepada Setiap Hamba Yang Ikhlas Kepada Allah dan KitabNya, Sunnah NabiNya

Wahai setiap orang yang menginginkan keselamatan


Dengarkanlah ungkapan dari penasihat yang ingin menolongmu ini


Selalulah engkau berpegang teguh kepada wahyu dalam setiap urusan


Janganlah berpegang kepada perkataan orang-orang


Tolonglah kitab Allah serta Sunnah Nabi-Nya


Yang datang dari Rasul sebagai pembela


Pukullah orang-orang yang malas dengan pedang wahyu


Seperti pukulan seorang mujahid di atas semua jari-jari


Tetap sabarlah kamu di bawah keunggulan petunjuk 


Jika engkau maseh hidup berarti engkau berada dalam redha Allah 


Jadikan selalu Al-Qur'an dan As-Sunnah 


Sebagai senjata andalanmu kemudian masuklah ke Surga


Barangsiapa yang menantang, hendaklah dia mengajukan dirinya 


Barangsiapa yang hendak berlumba, hendaklah muncul kelapangan


Tetaplah dengan sabda Rasulullah dan jangan lah takut


Kerana sedikitnya orang yang membantu Dan menolongmu


Kerana Allah adalah penolong agama dan kitabNya


Allah jualah yang mencukupi hamba-Nya dengan rasa aman


Jangan lah kamu takut dari tipu data dan makar musuh


Perangilah kedustaan dan tuduhan mereka


Tentera pengikut Rasul selalu menyertaimu


Sedangkan tentera mereka adalah tentera-tentera setan


Alangkah jauhnya perbedaan dua tentera itu


Barangsiapa yang maseh bimbang, hendaklah dia melihat dua kelompok itu.


Tetaplah dan perangi mereka di bawah bendera petunjuk


Kepunyaan Allahlah tentera berkuda pilihan


Jangan lah kamu takut dengan jumlah mereka yang banyak


Kerana mereka adalah makhluk yang lemah 


Mereka adalah lalat yang takut dengan lebah



Dikutip dari Kitab Nuniyyati Ibnul Qayyim(Al-Kafiyatus Syaf'iyah) karya Ibnul Qayyim.
 

No comments:

Post a Comment