SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 26, 2012

Tradisi dan Adat dapat Menjauhkan Manusia dari Syariat

Adat istiadat dan tradisi sesuatu kelompok masharakat dapat mengalahkan shariat dalam praktiknya. Mereka merasa tidak senang jika melanggar adat, namun merasa aman saat melanggar shariat. Jika ada adat yang bersesuaian dengan shariat, mereka mengambilnya namun jika shariat itu bertentangan dengan adat, mereka akan meniggalkannya.

Berapa ramai orang kita lihat sehari-hari begitu baik, dalam berjual beli misalnya, namun tatkala ada peluang terbuka untuk melakukan perbuatan tercela yang bertentangan dengan shariat, mereka lakukan hal itu tanpa menoleh lagi ke kiri dan ke kanan, tanpa memandang para ulama, dan bahkan melakukan penafsiran yang melegalkan perbuatannya.

Ada yang sedar bahawa sesuatu amalan itu bertentangan dengan shariat, tetapi oleh kerana itu sudah menjadi satu tradisi nenek moyang , mereka meneruskannya dengan alasan, untuk kemaslahatan umat.

Marilah kita memohon kepada Allah subhanawataala, semoga taufik-Nya selalu dilimpahkan kepada kita semua dan semoga kita selalu berjalan sesuai dengan shariat-Nya dan mampu mengalahkan hawa nafsu kita. Ameen, Ya Rabbil Alamin..

No comments:

Post a Comment