SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

November 27, 2013

Ancaman orang yang berdusta atas (nama) Nabi shallallahu alaihi wassalam .

"Janganlah kalian berdusta atas namaku. Sungguhnya, orang yang berdusta atas namaku hendaklah ia masuk Neraka! ".  [HR. Bukhari 107]

Larangan ini berlaku umum dan ditujukan kepada seluruh pendusta, serta berlaku mutlak untuk segala macam bentuk kebohongan. Ertinya janganlah memakai namaku untuk melakukan sebuah kedustaan. Walaupun itu untuk tujuan membela nama beliau.

Sebagian orang telah keliru akibat kejahilannya. Mereka membuat (menyampaikan)  hadis-hadis palsu didalam anjuran untuk beramal dan untuk peringatan untuk tidak melakukan pelanggaran dengan argumen ; "Kami berdusta bukan untuk keburukan Nabi shallallahu alaihi wassalam, tetapi untuk mendukung syariat beliau." Mereka tidak sedar bahwa kedustaan atas nama beliau sama erti berdusta atas nama Allah Subhanahu Wata'ala. Sebab perbuatan tersebut bererti menetapkan sebuah hukum baru didalam syariat, baik hukumnya wajib atau mustahab; atau haram dan makruh.

Jadi alasan sebagaipun tidak dapat diterima, kerana berdusta dijadikan penyebab masuknya seseorang kedalam Neraka. Sebab konsekuensi suatu perkara pasti terjadi, dan dalam hal ini kepastian seseorang akan masuk Neraka adalah disebabkan oleh kedustaan atas nama Nabi. 

Hal ini didukung oleh HR Muslim, "Barang siapa yang berdusta atas namaku, niscaya dia akan masuk Neraka." Dan HR. Ibnu Majah pula; "Berdusta atas namaku akan memasukkan seseorang ke dalam api Neraka." 

Sebab itulah Abdullah az-Zubair dan Sahabat yang lain tidak banyak meriwayatkan hadith sebab mereka takut bilamana banyak meriwayatkan hadith akan terjatuh pada kekeliruan, kemungkinan akan berdosa jika ia dengan sengaja memperbanyak periwayatan hadith.

Tetapi hari ini kita lihat senario yang sangat berbeza. Ramai penceramah, para dai' (yang jahil) yang menggunakan "Nabi kata....", 'Kata Nabi...' tanpa merujuk pada keshahihan sesuatu hadith atau berita. Yang paling parah ada yang mereka-reka sesebuah amalan, dzikir atas nama Nabi. Ada pula yang bermimpi jumpa Nabi shallallahu alaihi wassalam dan beliau mengajarkan atau mengiyakan sesuatu amalan baru. Ini adalah lebih buruk lagi sebab memfitnahkan bahwa beliau tidak mengajar umatnya sebelumnya. ...    Wallahu a'lam.
Ref: Fathul Bari; Ibnu Hajar

No comments:

Post a Comment