SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

November 14, 2013

Khutbah Nabi Lima Hari Menjelang Wafat


Lima hari menjelang wafat, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam berpidato menerangkan keutamaan Abu Bakar ash-Shiddiq berbanding sahabat lain, ditambah lagi arahan beliau supaya Abu Bakar menjadi imam kaum Muslimin dalam shalat.

Mungkin khutbah ini merupakan pengganti dari keinginan beliau untuk menulis wasiat siapa penggantinya. Selepas mandi, beliau keluar untuk shalat bersama kaum Muslimin, kemudian menyampaikan khutbahnya.

Setelah memuji Allah, beliau berdoa dan memohon ampunan untuk mereka yang terbunuh dalam perang Uhud. Kemudian beliau bersabda;

"Wahai kaum Muhajirin! Sesungguhnya jumlah kalian semakin banyak, sementara Anshar tetap sebagaimana adanya, dan sesungguhnya mereka adalah ibarat rumah tempat kembaliku, oleh kerana itu hormati lah orang-orang yang mulia di antara mereka, dan maafkanlah orang-orang yang berbuat kesalahan dari mereka.
Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya ada seorang hamba yang disuruh untuk memilih antara kekal didunia atau memilih apa-apa yang ada di sisi Allah, maka dia memilih apa-apa yang ada di sisi Allah."

Abu Sa'id berkata, "Seketika itu Abu Bakar menangis, dan kami heran mengapa beliau menangis, padahal Rasulullah shallallahu alaihi wassalam hanya menceritakan seorang hamba yang diberi pilihan. Namun akhirnya kami faham bahwa Rasulullah lah sebenarnya hamba yang dimaksudkan, sedangkan Abu Bakar orang yang paling alim di antara kami tentang hal itu."

Dari; Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung, karya Ibnu Katsir 

No comments:

Post a Comment