SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

March 16, 2013

Hidupkan Sunnah dari Masjid

"Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun didalamnya di samping (menyembah) Allah." QS al-Jinn: 18.

"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada Allah, maka mereka lah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." QS at-Taubah : 18

Masjid merupakan rumah Allah azzawajalla, dimana manusia menyembah-Nya dan mengingat nama-Nya. Pengunjung didalamnya adalah orang yang memakmurkannya dan merupakan sebaik baik bidang tanah Allah dimuka bumi ini, sebagai menara petunjuk, serta corong agama. Ia adalah majlis dzikir, mihrab nya ibadah, menaranya pengajaran ilmu dan pengetahuan pokok pokok shariat. Bahkan masjid menjadi lembaga pertama yang menjadi titik tolak penyebaran ilmu dan pengetahuan didalam Islam!

Masjid merupakan media implementasi Amal dalam rangka mengajak kepada Iman dan Amal soleh, pendidikan, pembudayaan, pembinaan dan penyuluhan.

Sesungguhnya masjid sepanjang sejarah merupakan institusi pendidikan untuk kanak-kanak kecil dan orang dewasa. Sebagai halaman untuk ibadah, madrasah ilmu, menjadi sumber pengarahan ruhani dan balai etika.

Dari itu masjid bukanlah untuk satu kelompok saja, tapi untuk umat Islam keseluruhannya. Masjid bukanlah di dominasi oleh sekumpulan asatizah yang bersealiran pendapat sahaja, tetapi sepatutnya terbuka kepada semua, terutama yang memperjuangkan Sunnah Nabi kita yang mulia, shallallahu alaihiwassalam. Kalau fahaman Salaf (yang di injak dengan gelaran "wahabi") tidak boleh tumbuh dan berkembang di rumah Allah, fahaman seperti apakah yang akan menumbuh, menular di masjid masjid kita?

Jika Sunnah tidak dapat di tegakkan di masjid masjid kita, ini bererti bid'ah bid'ah yang mendapat tempat di rumah Allah yang suci ini?

Malah menegakkan Syariah Islam yang benar itu lebih wajib di beri laluan dan diperjuangkan daripada kegiatan kegiatan yang tidak berwarisan dari Islam dan dapat menyuburkan fahaman liberal.

Jika masjid menjadi pusat kegiatan umat Islam, jadi mengapa melarang mereka yang hendak menegakkan Syariah Islam yang benar. Mengapakah para dai' / penceramah dari Ahlus Sunnah yang tulen tidak di benarkan berceramah, atau di sulitkan berceramah atau kalau dibenarkan pun ada garis pandu apa yang boleh di sampaikan.

Buktikanlah cinta kita kepada  Nabi shallallahu alaihiwassalam, dengan menegakkan, menerapkan Sunnah sunnah beliau bukan menyibukkan diri dengan ibadah yang tidak bersumber dari agama beliau.

Hidupkan Sunnah dari Masjid!

Wallahul a'lam

No comments:

Post a Comment