SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

March 21, 2013

Mengapa kaki haiwan mempunyai jumlah yang genap?

Ibnu Qayyim dalam bukunya , "Men and The Universe," menyuruh kita memerhatikan hikmah yang luar biasa pada penciptaan Allah Subhanahuwataala pada kaki haiwan!

Mengapa kaki haiwan berjumlah genap: dua atau empat, agar dapat berjalan, bekerja dan keperluannya lancar. Kalau ganjil, haiwan tidak dapat melakukannya. Kerana kalau berjalan, ia berpindah dengan sebahagian kakinya dan berdiri diatas yang lain.

Haiwan yang berkaki dua memindahkan satu kaki dan berdiri diatas kaki yang lain. Yang berkaki empat memindahkan dua kaki dan berdiri pada dua kaki yang lain, dan itu dilakukan secara bercanggah. Sebab, kalau dia memindahkan dua kaki pada satu sisi dan berdiri di atas dua kaki pada sisi yang lain, tentu dia tidak dapat tegak di atas tanah pada saat memindahkan kaki-kakinya.

Tentu haiwan yang seperti ini jalannya melompat-lompat seperti burung. Hal itu tentu menyeksa serta membuatnya lelah kerana badannya berat, berbeza dengan burung.  Oleh sebab itu apabila manusia berjalan dengan cara itu, meskipun hanya sebentar, dia merasa lelah, berbeza jika ia berjalan secara biasa.

Hikmah menuntunnya mendahulukan tangan kanannya bersamaan kaki kiri dan mendiamkan tangan kiri dan kaki kanan, kemudian memindahkan dua (tangan dan kaki) yang lain dengan cara yang sama. Inilah jalan yang paling mudah dan paling ringan bagi haiwan..
MashaAllah....daripada Relections of Ibnu Qayyim ...

No comments:

Post a Comment