SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 23, 2014

Apabila kuburan diratakan ramai yang kecam, bila rumah-rumah diratakan, semua diam!

Apabila Syaikh Muhammad Abdul Wahab rahimahumullah, memberentas kesyirikan, meratakan makam-makam yang menjadi tumpuan penyembahan kaum Sufi, ramai orang yang marah dan mengutuk keras akan perbuatan beliau yang hendak menegakkan tauhid dan membasmi syirik. Jolokan 'Wahabi' pun diberikan pada sesiapa saja yang hendak menghidupkan tauhid dan sunnah.

Apabila kuil-kuil, makam kuburan di masjid Djingareyber, Timbaktu Mali, diratakan, PBB, Unesco dan kaum kafirin, munafik, ramai yang marah dan mencela dan menuduh kelompok berkenaan telah melanggar hukum international dan tidak menghargai budaya peninggalan umat manusia dan dituduh telah menghina makam-makam 'wali' dan keramat nya. 

Tetapi anehnya saat terjadi pembantaian kaum Muslim dimana-mana, bangunan-bangunan di musnahkan, sekolah-sekolah dibedal, rumah-rumah diratakan.... Mereka berdiam diri..

 Adakah batu-bata, tembok-tembok kuburan lebih berharga dari darah kaum Muslim di semua belahan dunia? Mengapa perhatian tentang kuburan, makam melebihi perhatian terhadap orang yang masih hidup? 
Allaahul Musta'an.....

No comments:

Post a Comment