SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 14, 2014

Bagaimana syaitan menjauhkan manusia dari Sunnah!

Syaitan sengaja mengkaburkan manusia melalui penyakit waswas. Tujuan Waswas ialah menimbulkan keraguan dalam hati seseorang, adakah perbuatan yang dilakukannya itu perbuatan keta'atan ataupun maksiat, adakah ia merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah? Ataupun adakah ianya amalan bid'ah? 

Maka yang jelas dan nyata ialah mengikuti jalan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengikut sunnah yang telah ditunjukkan oleh baginda sama ada berupa perbuatan ataupun ucapan.  Barangsiapa yang mahu meninggalkan perkara yang syubhat, maka dia harus menggantikannya dengan perkara yang jelas. Bagaimana orang dapat meninggalkan perkara yang syubhat padahal dia meninggalkan sunnah, berpegang pada perkara yang bid'ah yang samar, tiada penjelasan atau contoh dari beliau. 

Sebaliknya mereka berpegang pada pendapat-pendapat guru-guru, syaikh-syaikh mereka ataupun amalan tradisi yang sudah dibudayakan bertahun-tahun. Beginilah syaitan berusaha menggoda manusia supaya mereka tidak mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Mereka dihasut bahwa apa yang dijelaskan oleh sunnah Rasulullah itu belum memadai, tetapi harus ditambah dengan sesuatu yang lain. Akibatnya, timbul perasaan dan sangkaan yang berbelah bagi. Tapi mereka yang tegas diatas manhaj beliau, tiadalah ia terkabur dengan perkara-perkara syubhat yang tidak ada sumbernya dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Allahul Musta'an.
Dari: "Bahaya Penyakit Waswas." Oleh Ibnu Qayyim.

No comments:

Post a Comment