SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 14, 2014

Jalan yang lurus adalah dengan mengikuti sunnah Rasul-Nya.

"Hai anak cucu Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapamu daripada shurga."  [QS. Al-A'raf :27]
Dalam ayat diatas Allah Subhanahu wa Ta'ala memberitahu kita apa yang telah dilakukan oleh syaitan terhadap kedua-dua ibu bapa kita sebagai suatu peringatan agar kita tidak mengikuti jejak syaitan. Sebaliknya Allah memerintahkan kita agar mengikuti jalan-Nya yang lurus dan melarang mengikuti jalan selain daripada itu. Dia berfirman;

"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan itu mencerai-beraikan kamu daripada jalanNya."   [QS. Al-An'am: 153]

Jalan Allah Ta'ala yang lurus tidak lain ialah jalan yang ditempuhi oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan para sahabat baginda, berdasarkan firman Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung: 
"Sesungguhnya kamu benar-benar berada di atas jalan yang lurus."  [QS. Al-Hajj : 67]
"Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus." 
[QS. Al-Syura: 52].

Barangsiapa mengikuti sunnah Rasul-Nya dalam ucapan dan tindakannya, berarti dia telah melalui jalan Allah Ta'ala yang lurus. Dia termasuk orang yang dicintai oleh Allah Ta'ala dan diampuni dosa-dosanya.  Sebaliknya orang yang menyelisihi, menyalahi sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dalam ucapan, perbuatannya, berarti dia adalah orang yang melakukan bid'ah, pengikut syaitan dan bukan golongan orang yang dijanjikan Allah dengan shurga, ke ampunan dan kebaikan yang melimpah ruah.
Dari; 'Bahaya Penyakit Waswas' oleh Ibnu Qayyim.

No comments:

Post a Comment