SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

February 21, 2013

Mutiara Hikmah


Jika takdir menginginkan seseorang , maka ia akan menanamkan ke dalam hatinya biji petunjuk, lalu menyiraminya dengan air kecintaan dan ketakutan, lalu ditegakkannya  dengan pagar pemeliharaan, diberikan kepadanya ilmu pengetahuan, maka tegaklah tanaman kerana bimbingan-Nya.

Tergelincirnya orang yang bodoh membawa kerusakan, sementara tergelincirnya orang pandai membawa kesengsaraan.

Jauhilah kemaksiatan kerana ia akan menghapuskan pahala sujudmu dan mengeluarkanmu dari ketentraman.

Orang yang paling rugi adalah seorang musafir yang sesat pada akhir perjalanannya, padahal dia sudah dekat dengan rumahnya.

Barangsiapa yang memberikan kebaikan niscaya Allah akan memberinya balasan kebaikan yang serupa dan Barangsiapa yang menjaga kejelekan niscaya Allah akan menjaganya.

Kebenaran itu berat dan pahit, sedangkan kebatilan itu ringan dan manis.

Carilah hatimu dalam tiga hal: ketika membaca Al-Quran , ketika dalam majlis dzikir dan pada waktu waktu berkhalwat. Jika kamu tidak menemukannya dalam ketiga tempat ini, maka minta lah kepada Allah agar memberimu hati kerana sesungguhnya kamu tidak memeliki hati!

Kutipan mutiara dari Al-Fawaid oleh Ibnu Qayyim ....

No comments:

Post a Comment