SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

May 10, 2013

Tertutupnya pintu Taufiq disebabkan 6 hal.

1) Melalaikan cucuran nikmat dari Allah Subhanahuwataala. Nikmat iman, nikmat manhaj salaf, nikmat ilmu dan banyak nikmat nikmat yang didapati tetapi tidak menshukuri nikmat tersebut.

2) Seseorang yang senang terhadap ilmu agama, bersemangat menuntut ilmu, tetapi ilmu yang dipelajari tidak di amalkan. Ilmu mesti diamalkan, apalagi jika ilmu itu berkenaan hukum shari'i yang agung, lebih besar juga pengagungan untuk beramal dengannya.

3) Hati maseh tertarik pada maksiat, oleh itu bila ada peluang bermaksiat, hati cepat tertarik padanya, bersegera membuatnya, tapi lambat untuk bertaubat. Orang yang menunda-nunda taubat, sulit terbukanya pintu taubat.

4) Tertipu dengan pergaulannya dengan orang orang salih. Bangga bergaul dengan orang salih tetapi perbuatan tidak seperti orang orang salih. Kadang kadang berbangga dengan guru gurunya, tetapi kesalihan orang salih tidak menular padanya.

5) Mereka mengikuti, mengejar dunia padahal dunia ini sudah meninggalkannya. Mereka sibuk mengejarnya sehingga lalai dari mengingati Allah Subhanahuwataala.

6) Akhirat menyambutnya, sementara sikap nya berpaling dari akhirat. Diberi peluang, kesempatan mendapatkan akhirat tidak di abaikan. Tidak mengambil kesempatan.  Ada peluang untuk beramal untuk akhirat tapi malas, tidak ambil peluang itu.  Lupa akan tujuan hidup untuk beramal salih, sementara tujuan talibul ilmu untuk beramal salih. Sebab jika tidak diambil peluang ini, pintu taufiq akan tertutup.
Wallahu a'alam
Ibnu Qayyim dari kitab al-Fawaid, Menuju Pribadi Taqwa.

No comments:

Post a Comment