SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

February 13, 2014

Kisah lelaki yang masuk Shurga padahal belum pernah shalat!

Dari Abu Hurairah radiyallahuanhu, dia berkata, "Tahukah kalian siapakah orang yang masuk Shurga tetapi tidak pernah shalat walaupun sekali?" Kemudia dia sendiri yang menjawab,"Dia adalah Amr bin Tsabit."

Kisahnya, dulu dia menolak agama Islam. Akan tetapi, saat terjadi perang Uhud, dia menjadi simpatik kepada Islam. Kemudian di mengambil pedangnya dan bergabung dengan kaum Muslimin. Dia masuk kekancah peperangan sehingga akhirnya dia terluka. Lalu kaumnya menemukannya di medan perang, mereka bertanya, "Apa yang membuatmu datang kemari? Apakah kerana kasihan pada kaummu, ataukah kerana kau ingin masuk Islam?" 
Dia menjawab, "Ya, kerana aku ingin masuk Islam, aku telah berperang bersama Rasulullah, sehingga aku ditimpa apa yang menimpa aku ini."

Maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya dia termasuk ahli shurga." Dalam riwayat lain, disebutkan: Kemudian dia meninggal, maka dia masuk shurga padahal dia tidak pernah melaksanakan shalat sekalipun.
[Lihat Fath al-Bahri Syarh Shahih al-Bukhari, 6/25, Kitab al-Jihad. Al hafidz Ibnu Hajar kata sanadnya shahih.] Dari Kisah-Kisah Nyata, oleh Ibrahim Abdullah al-Hazimi

No comments:

Post a Comment