SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

February 16, 2014

'Tahnik' helps premature babies!

Lebih 1400 tahun dahulu, telah menjadi sunnah Nabi shallallahu alaihi wa sallam, apabila seorang bayi dilahirkan, ia akan dibawa kepada beliau untuk di-'tahnik'. Sebagaimana 'Aisyah radiyallahu anhuma mengakatan; 
"Seorang bayi telah dibawa kehadapan Nabi yang kemudian beliau suapi dengan kunyahan buah kurma, ketika bayi itu kencing beliau memercikkan dengan sedikit air."
[HR. Shahih Bukhari 5468]

Pada hari ini, BBC News membuat laporan, penelitian kajian pakar kanak-kanak telah menemui cara efektif dan murah, dengan menyapukan sedikit gula kedalam pipi bayi yang baru lahir itu,  yang lahir kurang bulan (premature) daripada kerusakkan otak (prevent brain damage). 

'Tahnik' satu daripada  Sunnah Nabi shallallahu alaihi wa sallam yang sudah dipraktikkan lebih 1400 tahun dahulu oleh kaum Muslimin, tanpa menyoalnya. Baru sekarang ditemui oleh pakar pakar asing sebagai satu penemuan 'sains' yang menakjubkan.

Ya, Islam maseh tetap 'relevan' hingga saat ini dan akan tetap kedepan. 
Tetapi hari ini kita lihat ramai orang Muslim yang maseh beranggapan hukum-hukum Allah, sunnah Nabi-Nya sebagai ketinggalan zaman, tidak relevan dan tidak praktikal pada era teknologi sekarang. Wallahu 'alam wa Allahul Musta'an. 

Link to the article - http://www.bbc.co.uk/news/health-24224206       

No comments:

Post a Comment