SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

July 31, 2014

Mengapa resah dengar Sunnah?

Fenomena hari ini ialah apabila kita memperkenalkan sunnah-sunnah Nabi shallallahu alaihi wa sallam atau pun bila kita cuba mempratikkannya, ada dari kalangan manusia yang resah gelisah, seakan-akan ia menyakitkan.
Kenapa? 
Kerana mereka melihat bahwasanya apa yang di ketengahkan, apa yang di bawa, apa yang hendak dipraktikkan, itu menyelisihi apa yang sedang mereka lakukan, apa yang sedang mereka laksanakan, apa yang menjadi sumber rujukan mereka selama ini. 

Sewajarnya sebagai umat Nabi shallallahu alaihi wa sallam, kita sepatutnya merasa bangga, mendengar kata-kata beliau, perbuatan beliau yang sampai pada kita tanpa rasa gelisah, segan silu, tanpa rasa berat sedikit pun untuk mempratikkannya. Namun pada hari ini bila datang satu sunnah beliau, ada yang mengatakan, "Ini susah kita nak amalkan." Atau antara alasan lainnya, 'Ini sudah tak praktikal, dulu zaman Nabi lain, sekarang situasi bertukar." 

Sebagaimana  hari ini para penguasa, para ilmuwan, bersungguh-sungguh, sibuk, berkempen siang dan malam untuk mengubah persepsi masyarakat tentang sesuatu perkara, tetapi mengapa apabila issu sunnah Nabi shallallahu alaihi wa sallam mereka malas, lemah, takut hendak mengedepankannya. Sebaliknya mereka melabel golongan yang cuba menegakkan dan menghidupkan sunnah sebagai 'Wahabi'....atau golongan 'ekstrimis'.

Mengapa fatwa dari Saudi diambil jika itu sejalan dengan "matlamat" mereka, namun jika itu menyelisihi apa yang sedang mereka lakukan, di tolak atas alasan tidak praktikal pada situasi kini.. Walhal Syariat, hukum, Islam di Saudi, Amerika, Cina, India, atau dimana-mana pun sama.. Allahul Musta'an ....

No comments:

Post a Comment