SUARAKAN YANG HAQ UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ! KERANA YANG ADA HANYALAH YANG HAQ SEMATA ....

August 19, 2015

Bagaimana syaitan menipu orang dengan niat baik.

Orang-orang yang dijadikan syaitan memandang baik perbuatan-perbuatan buruk mereka, berupa maksiat kepada Allah, kufur kepada-Nya, dan menyembah tuhan serta berhala selain-Nya, ia mengira keburukannya itu sebagai perbuatan kebaikan, dan kejelekannya nampak baik, kerana syaitan telah menipu daya mereka. 
"Maka apakah orang yang dijadikan (Syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk, (sama dengan yang tidak ditipu oleh syaitan)? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."   [QS. Faathir : 8]
~Lihat Tafsif Ibnu Katsir~
Sesungguhnya hari ini banyak kemungkaran dan kemaksiatan, apalagi kebid'ahan berleluasa. Ini adalah kerana pelakunya tidak menganggap itu perkara mungkar dan dari segi amalan, tidak menganggapnya suatu perkara bid'ah, sebab syaitan telah mengelaburi mata hati mereka dengan memandang baik perbuatan-perbuatan itu. 
Sebab itu kita sering dengar mereka berkata, "Apa salahnya? Inikan baik!" 
Allahul Musta'an..

No comments:

Post a Comment